Donnyien.com » Archive
PELAKON FILEM HANTU JERUK PURUT MENINGGAL DUNIA
PENGACARA dan aktres popular Indonesia, Valia Rahma meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini. Aktres filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya. Valia yang akan berusia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model kemudian pengacara dan pelakon. Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari lalu. … Read entire article »
Filed under: Entertainment
Jangan Mudah Percaya Laman Blog – Budiey
Parti ulangtahun budiey.com mendapat sambutan hangat daripada para pembaca – Foto RICKY LAI KUALA LUMPUR: Penulis blog Sensasi Selebriti, Budiey, menyarankan agar para peminat tidak mudah percaya 100 peratus dengan bahan berita yang dipaparkan bagi sesebuah entri di laman blog kerana ia mungkin boleh mengundang fitnah di kalangan orang yang tidak bersalah. Budiey berkata, ramai pembaca sekarang yang mudah percaya tentang entri penulisan sesebuah blog tanpa usul periksa, lebih-lebih lagi berkenaan dengan gosip dunia hiburan. “Di zaman alam maya ini, laman blog juga menjadi perhatian selain medium media cetak dan elektronik. Malah setiap kejadian yang berlaku dalam industri hiburan tempatan seperti berita kematian, penceraian mahupun kelahiran, hal itu begitu pantas tersebar. “Bagaimanapun, perlu diingat, tak semua laman blog meletakkan entri berita yang sahih kerana terdapat juga golongan yang menulis untuk menghentam. “Jadi, saya ingin menasihatkan kepada … Read entire article »
Filed under: Entertainment