England Juara Piala Dunia Skandal Seks?? | Read More " />

England Juara Piala Dunia Skandal Seks??

ENGLAND mungkin menang sekali saja kejuaraan bola sepak Piala Dunia. Tetapi apabila membabitkan skandal seks pemainnya, pasukan itu sudah pasti menjadi juara yang tidak boleh dipertikaikan.
Berikut ialah analisis pasukan ternama terbabit dalam Piala Dunia Skandal Seks dan bagaimana England muncul juara

ARGENTINA
DIEGO Maradona yang pernah menjaringkan gol dengan tangannya dan kini mengurus pasukan ini, sering kali menipu isteri pertamanya, Claudia Villafane.
Ketika menjalani pemulihan untuk menangani ketagihan dadahnya pada 2004, dia dirakam mengambil kokain dan mengadakan seks dengan teman wanitanya warga Cuba yang berusia 19 tahun, Adonay Fruto.

Model, Wanda Nara yang mendakwa mempunyai hubungan dengan Maradona, pernah dirakam mengadakan seks dengan bekas teman lelakinya.

Wanda kini berkahwin dengan penyerang, Maxi Lopez.

Lionel Messi dari Barcelona, pernah dikaitkan dengan model, Luciana Salazar, yang terbabit dalam pita skandal seks.

Penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero bertunang dengan anak Maradona, Giannina. Model, Luisana Varacalli mendakwa pernah terbabit dengan seks dengan Aguero di kelab malam. Video bogel pemain tengah Valencia, Ever Banega pula tersebar di Internet.

BRAZIL
Penyerang terkenal, Ronaldo, pernah membawa tiga pelacur ke kamar hotelnya pada 2008. Tetapi, dia hanya mengetahui ketiga-tiganya pondan selepas berada di dalam kamar itu.

Pemain Flamengo, Vagner Silver de Souza – yang lebih dikenali dengan gelaran Vagner Love, mempunyai skandal dengan bintang porno, Pamela Butt selepas video mereka tersebar dalam Internet pada 2008.

Sementara itu, pasukan Fenerbahce dari Turki mengenakan tindakan disiplin terhadao pemain mereka dari Brazil – Gokcek Vederson, Andre Santos dan Fabio Bilica selepas mereka menganjurkan pesta majlis seks dengan beberapa pelacur.

ENGLAND
John Terry dilucutkan daripada jawatan ketua pasukan selepas skandal seksnya dengan teman wanita rakan sepasukan, Wayne Bridge.

Bintang lain yang pernah berlaku curang terhadap isteri atau teman wanita masing-masing ialah Ashley Cole, Frank Lampard, Shaun Wright-Phillips, Wayne Rooney, David James, David Beckham, Emile Heskey dan Gabriel Agbonlahor.

Penyerang Aston Villa, Agbonlahor menghamilkan tiga gadis. Dia didakwa berpacaran dengan mereka secara serentak. Rakan sepasukan, Ashley Young merakamkan dirinya dalam keadaan bogel sebelum mengirimnya kepada seorang wanita.

Penyerang Spurs, Jermain Defoe pernah dituduh curang terhadap tunangnya pada 2008.

PERANCIS
Bekas wira Arsenal diberikan kad merah oleh isterinya, Claire selepas dia menjalinkan hubungan dan sering keluar bersama jurusolek artis, Sadie Hewlett.

Penyerang, David Trezeguet didakwa membayar seorang paparazzi hampir STG25,000 (RM127,000) supaya tidak menyiarkan gambar dia keluar bersama seorang wanita yang digelarnya ‘kawan’.

Bintang Chelsea, Nicolas Anelka didakwa menghantar mesej menerusi telefon bimbit kepada wanita simpanannya pada hari perkahwinannya.

JERMAN
Bekas bintang Jerman, Franz Beckenbauer didakwa menyebabkan teman wanitanya hamil pada usia 18 tahun tetapi enggan berkahwin dengan gadis itu.

Dia juga terpaksa memohon maaf kepada isteri keduanya, Sybille pada 2000 kerana hubungan dengan seorang wanita lain hingga wanita itu melahirkan anak. Tiga tahun kemudian, Beckenbauer meninggalkan Sybille untuk berkahwin dengan wanita simpanannya, Heidi Burmester.

Bekas penjaga gol, Oliver Kahn meninggalkan isterinya yang sarat mengandung pada 2003 untuk tinggal bersama pelayan kelab malam, Verena Kerth, 21.

ITALI
KAPTEN Roma, Francesco Totti pernah dirakam mengunjungi kediaman pengacara televisyen, Flavia Vento.

Menurut dokumen mahkamah, dia membayar hampir 50,000 paun supaya gambar itu tidak disiarkan kerana isterinya hamil ketika itu.

PORTUGAL
Cristiano Ronaldo dilapor mengupah lima pelacur ke rumah agamnya dan disertai oleh rakan sepasukan Portugalnya, Nani.

Bintang tengah, Deco bercerai dua kali kerana sikapnya yang gila pesta, termasuk dengan pelacur.

SEPANYOL
Daniel Guiza hampir digugurkan daripada pasukan Sepanyol tahun lalu selepas mengadakan seks dengan bekas isterinya, beberapa jam sebelum perlawanan dengan England.

Bintang Real Madrid, Sergio Ramos menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita jelita, termasuk bekas teman wanita Cristiano Ronaldo, Nereida Gallardo. – Hmetro

Related Posts

[Gambar] Seks skandal Jen...

[Gambar] Skandal Seks Roo...

[Terbaru!!] Skandal seks ...

About Donnyien

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>