GAMBAR DI HARI KEMATIAN P.RAMLEE

Gambar Di Hari Kematian P.Ramlee

P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu, 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe, Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi, P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni, terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya, P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun (Kaigun). Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “Teruna Kampung”. Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947, pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘Keroncong Oh Suci’ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

Solat jenazah P.Ramlee

Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia
semoga roh beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman

One thought on “GAMBAR DI HARI KEMATIAN P.RAMLEE

  1. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com
    xz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>