

.jpg)
Google search
7 fakta Menarik tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini:
1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli
Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .
2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk
Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.
3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!
Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.
4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah
Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.
5. Baju daging ini selesa dipakai!
Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?
6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!
Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?
7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah
Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih-Murai.com.my
Komen:OMG!! Pelik…..siapa berani pakai?..
ish ish pelik2 jer gagak ni..
kena buat sup daging bru tau ler..hehe
Gagak?..Macam-macam nama diberi..
mmg pelik betul gaga nih..
x sanggup aq nk letak daging dkt badan..huhuu
lain dari yang lain buat dia glamour..
ada perasan hari tuh tengok dekat iklan mtv… huhu
sama Ngan Zik..tidak terlepas jadi info blog ni..
eiiiuww. gle la diew ni. enth ape tah bnda diew nk buat. ngek. huhu
lepas ni dia mau pakai baju taik lembu kering pulak..hehe
hahaha!. btul2. adih la. mesti wngi
Lady Galak ni…….makin lama aku tgk.dah
jadi xbtol.mngkin x lame lgi.sewel kot.
PS : dengar kata lady gaga ni asal ye lelaki.betul ke bro……
benar?..x tahu aku
tu le asl llki sb ada gak baca dri laman sesawang huhu..
manusia yang plik zaman skrg dlm dunia ternama skrg ni alad dia huhu
tengok lutut dia mcm lutut aku je..hehe
aku benci lady gaga nie
benci tapi….
pada panduan aku adalah lebih sedap jika daging seberat 22 kg tersebut di goreng pedas atau direbus buat sup..
daripada buat baju
boleh makan! haha..
siap panggil kitaorang makan dirumah Dedoku ok…
lady gaga ni memang gila. Hehehehe….
biasanya orang mcm ni lah yang akan menonjol.. kan
Glamerrrrrrr…
semua tentang Lady Gaga adalah pelik…
Termasuk lagu-lagu nya…
Tapi pelik pelik pun masih boleh buat duit berkepuk kepuk ^ ^
kena buat kelainan lepas ni nampaknya..
agak2 , baju gaga nih diperbuat dari daging apa ya ?
dengar2 daging lembu,kerbau,sapi,unta entahlah mana satu
Siapa la jadi mangsa dia ni?
tanpa segan silu dia beri ucapan.
berat btol baju daging.
dia mmang berani
gile lady gaga..!!!
wish..!!kren!!
lady gaga=perempuan gagak..haha
keren
aku mau pakai
ee.. tak geli ker hehe