(Gambar) Zetty Adila Ramly dan Fahrin Ahmad bercinta?

Sejak kebelakangan ini, timbul gosip cinta yang mengaitkan aktor Kack, Fahrin Ahmad dengan Zetty Adila Ramly iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ton.

Diari AF9 Sudah Boleh Ditonton Live Di Depan Mata

Entah dari mana timbulnya gosip tersebut, namun hari demi hari ia begitu rancak diperkatakan. Hinggakan ramai yang percaya Fahrin betul-betul bercinta dengan pewaris kepada syarikat produksi Global Station Sdn Bhd tersebut.

Secara kebetulan pula, Zetty Adila Ramly memang seorang gadis yang cantik dan berstatus single. Maka, tidak hairanlah, kalau gosip seperti ini hinggap dan singgah dalam kehidupannya. Tapi, apakah benar Zetty Adila Ramly atau lebih senang digelar Adila mempunyai hubungan cinta dengan Fahrin Ahmad?

Inilah jawapan yang diberikan Kak Ton:

“Sebenarnya memang ada pihak tertentu yang bertanyakan sendiri Kak Ton tentang isu ini. Tapi, apa yang boleh Kak Ton jelaskan kat sini, gosip yang diperkatakan itu memang betul tak wujud.

“Mungkin gosip sebegini mungkin timbul sebab kebelakangan ini, bila orang lihat, Fahrin banyak bekerja dengan syarikat produksi Kak Ton. Padahal, pemilihan Fahrin dalam beberapa drama terbitan syarikat produksi Kak Ton adalah atas kehendak beberapa stesen televisyen seperti TV3 dan Astro. Pihak stesen televisyen sebenarnya yang akan tentukan siapa yang mereka mahukan untuk drama yang bakal diterbitkan oleh syarikat produksi seperti Kak Ton.

“Sebenarnya, Kak Ton pun pelik daripada gosip yang tak betul ini boleh timbul. Sebab, mereka tak pernah pergi ke mana-mana secara berdua. Kalau discuss pasal projek drama pun selalunya kat office saja. Malah, discussion yang dibuat pun sama macam pelakon-pelakon yang lain juga. Malah, kalau nak kata dia rapat dengan Fahrin, tidak juga. Banyak lagi pelakon lelaki lain yang dia lebih rapat. Misalnya dengan Aqasha dan Iqram Dinzly,” katanya ketika dihubungi murai.com.my.

Baca gosip seterusnya Kak Ton: Gosip Anak Saya Dengan Fahrin Ahmad, Tak Betul!disini

Kredit:Murai.com.my

2 thoughts on “(Gambar) Zetty Adila Ramly dan Fahrin Ahmad bercinta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>