Articles Comments

Donnyien.com » Entertainment, Interesting » Elie Youssef Najem, 50 dipenjara 6 tahun 5 bulan

Elie Youssef Najem, 50 dipenjara 6 tahun 5 bulan

Elie Youssef Najem

KUALA LUMPUR: Seorang warga Lubnan yang mendakwa dirinya seorang jutawan, hari ini

dijatuhi hukuman penjara enam tahun lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia didapati bersalah atas dua tuduhan menipu dan satu tuduhan menyalahguna pas lawatan, lima tahun lalu.

Elie Youssef Najem, 50, dihukum penjara tiga tahun bagi dua tuduhan menipu dan lima bulan bagi tuduhan menyalahguna pas lawatan selepas Majistret Mohd Azali Ibrahim mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kes tersebut.

Elie yang pernah berjanji untuk menyumbang RM1 bilion kepada Majlis Kanser Nasional, didakwa menipu Tan Sim Chai, 64, dengan memperdaya Tan bahawa dia akan membayar balik hutangnya apabila memperoleh wang dari luar negara berjumlah 2.6 juta pound sterling.

Tindakan Elie itu mendorong Tan menyerahkan sembilan keping cek Maybank berjumlah RM22,000 pada kira-kira 10 malam, 12 September 2005.

Bagi tuduhan kedua, Elie didakwa menipu Tan atas alasan yang sama hingga mendorong Tan menyerahkan RM13,000 pada 11 malam, 13 September 2005.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Beritaharian.

Memang kaki penipu betul dia ni.Kalau korang ada masa bolehlah layan loyar buruk dia kat here.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Filed under: Entertainment, Interesting

11 Responses to "Elie Youssef Najem, 50 dipenjara 6 tahun 5 bulan"

  1. zezebel says:

    senangnya hidup tipu orang kan?

    1. donnyien says:

      senang jap ja tu bel…

  2. tiwas…tiwas…KOTOH padan muka…

    1. donnyien says:

      jaga kau diabilang mandak… :)

  3. ibnujusup says:

    x berkat hidup die bro…. biar rase die…

    1. donnyien says:

      hm…terimalah padahnya

  4. Steward John says:

    Self proclaim jutawan kunun tapi mau derma billion.. macam mana ni? bagus bilang “trillionaire”.

    1. donnyien says:

      ‘oboruak’ tuhun diti

  5. acapz says:

    haha.amik ko. 6 thun. mau gila bosan dok dlm pnjara. lawl. cian gle. ish3

    1. donnyien says:

      6 tahun banyak benda boleh buat dlm penjara.. yg openting dia insaf

      1. acapz says:

        haha. tu la. de la aktiviti2 dorng yg jlnkn. hee. openting bro. hee. yg pnting depa insaf la :D

Leave a Reply

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>