Articles Comments

Donnyien.com » Interesting » Jagathees A/L Guna Balan-Chessmaster SKBSA1 perlu sokongan anda

Jagathees A/L Guna Balan-Chessmaster SKBSA1 perlu sokongan anda

Salam blogger,

Buat pengetahuan anda semua, SKBSA1 mempunyai seorang pemain catur muda yang sangat berkaliber. Dia adalah murid Tahun 2 Intelek 2. Bakat permainan caturnya telah dikesan oleh bapanya sejak tadika lagi. Bapa beliau, En Guna Balan amat menyokong aktiviti catur anaknya dan sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk menghantar anaknya menyertai pelbagai pertandingan di serata Semenanjung Malaysia.

Baru-baru ini adik Jagathees telah ditawarkan oleh Persatuan Catur Malaysia untuk menyertai Kejohanan Catur peringkat Komanwel di India pada bulan Mei. Berita ini sangat menggembirakan bagi beliau dan bapanya. Namun di sebalik kegembiraan ini, wujud halangan kewangan berikutan tawaran ini tidak ditaja oleh persatuan. Oleh itu pihak sekolah amat berharap agar ada pihak yang tampil memberi sumbangan kewangan bagi mereka menyertai kejohanan itu nanti.SKBSA

Kalau nak tahu dah berapa piala dia dapat,klik sini.

Semoga berjaya di peringkat antarabangsa nanti dik…

Tahniah kerana mengharumkan nama negara dimata dunia :)

p/s:Nak lawan catur ngan aku?lawan kawan kita seorang ni dulu hehe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Filed under: Interesting

12 Responses to "Jagathees A/L Guna Balan-Chessmaster SKBSA1 perlu sokongan anda"

  1. kulanz says:

    Banyak juga tu dia menyertai pertandingan.. kalau lawan dengan aku gerenti aku kalah, hehe

    1. donnyien says:

      genius budak ni.

  2. etomyam says:

    aku catur surrender..kalau dam aji boleh jugak cuba2 nasib haha :D

    1. donnyien says:

      kalau main Dam belum tahu lagi bro..

  3. Mus says:

    kena bantu adik ni..

    1. donnyien says:

      ya,tv3 pun kuar smlm ni.

  4. sinagarimba says:

    sama – sama kita bantu.jangan biarkan bakat budak ni terkubur

    1. donnyien says:

      harap ada pihak yg tampil menghulurkan btuan kan..

  5. sinagarimba says:

    harap orang – orang kuat sukan kat luar sana sudi membantu.

    1. donnyien says:

      orang kuat…ramai tu,datuk2 semua jgn buat tak tahu je..

  6. ibnujusup says:

    bab2 chess ni sy x pandai… kalau mkn cheese blh la :-)

    1. donnyien says:

      pasal makan je..tak payah cakap le.. :) aku no 1

Leave a Reply

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>