Dipetik dari HarianMetro online.
KUALA LUMPUR: Seorang bekas model dan pelakon yang maut selepas terjatuh dari kediamannya di tingkat 12 Kondominium Pantai Hill Park, di sini, dikatakan sempat bergayut pada alat penerima pemancar Astro di tingkat 10 selama beberapa saat sebelum terjatuh di tingkat dua, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Julia Chuah Sheau Yen, 31, yang kini bekerja sebagai pensyarah undang-undang sempat diarah seorang penduduk yang memintanya
bertahan ketika dia berpaut pada alat pemancar berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa yang mungkin tiada kekuatan untuk terus berpaut akhirnya melepaskan genggaman menyebabkan dia jatuh dan terbunuh.
Sebelum kejadian, jirannya mendakwa mendengar bunyi orang bertengkar yang disusuli dentuman ‘benda’ terhempas dan jiran terbabit hanya mengetahui benda itu rupa-rupanya tubuh mangsa yang jatuh dari tingkat 12 selepas diberitahu anggota polis yang tiba di tempat kejadian.
Difahamkan, jiran terbabit kurang mengenali mangsa kerana mereka kurang bergaul biarpun mangsa bersama pasangannya menetap di kondominium berkenaan sejak setahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita di kawasan tempat letak kereta kondominium itu.
“Mayat mangsa segera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan laporan bedah siasat mendapati tiada kesan dipukul atau kesan pertengkaran pada mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya,” katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai jurufoto sambilan berusia 36 tahun bagi membantu siasatan.
p/s;Takziah kepada keluarga mangsa..


Macam kes pembunuhan jak ni donny….
No komen Bel,nda baik buat spekulasi pagi2 ni..
hehe
I always do lots of chin up exercises as part of my routine. Everyone should exercise more especially body strength exercises. If she was stronger, she probably could hold onto the Astro dish for a long time, until someone bring out some mattress and put below, or even swing herself onto the balcony by the side.
Martial arts – I recommend ANY day. A LOT of bad, useless, and low IQ people in the world today, so you never know when you will need your skills. Don’t trust anyone. Ever. And don’t be naive.
Probably, the “boyfriend” pushed her…..after gaduh.
Juz my comment……
Sad news for her… the 1st thing to do when something happen[gaduh], bertenang tarik nafas panjang2 dan berfikir secara waras/panjang.jangan ambil keputusan dengan terburu-buru
Let the police investigate this case
kalau dia sempat bergayut so tu maknanya dia bukan suka2 nak terjon kan.. haish! serahkan pada polis je buat siasatan..
tulah pasal,sempat bergayut-takut terjun..lagipula boyfriend ada bersama?…. huu
kurang bergaul dengan jiran..? itulah padahnye..
mungkin..
alalal.. sayang seribu kali sayang…. heeh cantik2 pun buli kane bunuh cam tu.. tragis tul. saya sokong kata pawaka19
model bah tu geng..
kesian.. ajal maut ditangan tuhan.,
dan bukannya ditangan kita..
she’s my senior at school.. very nice person.. RIP
berlakon dalam cerita apa yer…?
Sebab macam pernah tengok….
wayang english..aku pun x berapa pasti
Foul play?
foul yg camna bro.. hihi
innnalillahiwarajiun…