
PENGACARA dan aktres popular Indonesia, Valia Rahma meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini.
Aktres filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit Denpasar, Bali pada 13 Januari selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya.
Valia yang akan berusia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model kemudian pengacara dan pelakon.
Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari lalu.

Recent Comments