Radio Sinar FM Still No. 1 Di Malaysia

Hebatnya! Radio Sinar FM Still No. 1 Di Malaysia

Tahniah saya ucapkan buat radio Sinar FM kerana sekali lagi telah terpilih sebagai stesen radio Melayu No. 1 yang menjadi pilihan rakyat Malaysia menerusi survey yang dibuat oleh AC Nielsen untuk 3 penggal berturut-turut.

Kejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa apa yang diraih oleh Sinar FM ini bukan lagi terletak pada nasib semata-mata tetapi kerana bahan, isi kandungan serta muzik yang dihidangkan kepada pendengar.

Begitu juga dengan corak penyampaian deejay-deejay mereka yang cukup menghiburkan khususnya daripada trio Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura atau Kak Engku.

Tidak dilupakan juga dengan deejay-deejay Sinar FM lain iaitu Abby Fana, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin. yang selama ini sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sinar FM terus menjadi pilihan pendengar mereka.

Apa yang menarik, menerusi survey AC Neilsen ini, Sinar FM telah berjaya mengumpulkan jumlah pendengar seramai 4.2 juta. Jumlah ini adalah jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan oleh mana-mana stesen radio lain termasuklah radio daripada bahasa lain.

Atas sebab itu, Sinar FM turut mencatatkan rekod sebagai radio No.1 yang memiliki jumlah pendengar yang cukup ramai di seluruh Malaysia. Tahniah sekali Murai Batu ucapkan lagi buat seluruh team Sinar FM.

Saya percaya orang kuat Sinar FM iaitu Pak Tam beserta barisan deejaynya yang lain pasti sedang tersenyum lebar meraikan kejayaan Sinar FM ketika ini.

Harapan saya, Sinar FM akan terus menyajikan bahan yang berinformasi tetapi menghiburkan beserta dengan kandungan muzik yang hebat serta memenuhi citarasa semua pendengar.

Di Edit semula dari Murai.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>