Top 20 Peserta AF9 Diundi Secara Dalam Talian

KUALA LUMPUR: Bermula 18 Februari hingga 3 Mac ini, para peminat Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) berpeluang menilai dan mengundi 20 peserta terbaik menerusi laman sesawang rasmi AF9 iaitu www.akademifantasia.com.my.

Sebanyak 40 klip video peserta ketika menjalani uji bakat di dua lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sabah dan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini akan dimuat naikkan dalam laman sesawang itu untuk dinilai oleh peminat.

Undian orang ramai tersebut merangkumi 50 peratus markah yang diberikan kepada setiap peserta manakala 50 peratus lagi ditentukan oleh pihak produksi Astro.

“Kami mahu memberi peluang kepada para peminat AF menonton sekaligus menilai dan mengundi peserta-peserta yang digemari secara dalam talian.

“Ini merupakan kali pertama kami membuka peluang kepada orang ramai untuk mengundi peserta sebelum proses saringan. Lagipun ramai yang menggunakan Internet dan seperti menjadi trend penyanyi sekarang yang ditemui daripada laman sosial seperti YouTube dan My Space,” kata Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dalam satu sidang media sewaktu uji bakat diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

Untuk mengundi, pelayar laman sesawang itu harus mendaftar terlebih dahulu dengan syarat mestilah berwarganegara Malaysia dan Singapura tanpa mengira had umur sebelum layak melakukan undian.

Setiap pengundi hanya boleh mengundi sekali untuk setiap satu video pada setiap hari.

Uji bakat bermula Jumaat lalu itu berlangsung selama tiga hari sehingga Ahad pada pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Secara keseluruhannya, seramai 1,764 orang yang hadir ke sesi uji bakat di Kuala Lumpur selama dua hari iaitu pada Jumaat (686 orang) dan Sabtu (1,078 orang) yang diadili oleh tujuh orang juri iaitu Adlin Aman Ramli, Edrie Hashim, Cikgu Shafi, Cikgu Mimi, Cikgu Shahrul, Sharon Paul dan Aidit Alfian.

AF9 akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) mulai 2 April ini.

Source;Mstar.com.my

Untuk mengundi peserta AF9 secara online, peminat perlu mendaftar terlebih dahulu di laman www.akademifantasia.com.my. Mereka yang hendak mendaftar mestilah berwarganegara Malaysia dan Singapura tanpa mengira had umur. Manakala untuk undian pula, pihak ASTRO telah menetapkan setiap peminat hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap satu video pada setiap hari.

Kepada peminat-peminat Akademi Fantasia, selain daripada 40 klip video yang akan dimuatnaik untuk undian tersebut, anda juga boleh menonton klip video lain yang telah dimuatnaik oleh peserta untuk uji bakat online yang lepas. Boleh lihat laman:http://www.youtube.com/videoaf9

(Info tambahan dari kullanzsalleh)

Donny:Tidak sabar menonton Akademi Fantasia musim yang ke-9,harap-harap ada kelainan rancangan AF9 untuk kali yang terakhir sebelum menutup tirainya.

12 thoughts on “Top 20 Peserta AF9 Diundi Secara Dalam Talian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>