[Video] Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Satu lagi filem MAMAT KHALID, kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan. Pelakon yang membintangi filem ini adalah Awie, Johan Raja Lawak, Delimawati, Ummi Nazeera, Avaa Vanja, Nadia Mustafar, Shy8, Zami Ismail, Man Kadir, Pekin, Dewa, Shoffi Jikan, Kamarul Yusoff, Zainuri Berita Harian dan Azwan.

Akan berada dipawagam pada 9 Disember 2010. Jom saksikan trailer filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

P/S;Kalau Zizan berlakon lagi besh,suka lawak selamba dia.. :)

64 thoughts on “[Video] Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

  1. ehehehehehhhh ramai btl lah orang komen????ye xingat cerita “kak limah balik rumah……………….hahahhahhahahahhahahahhahahahahahahahahahha……sdpnyeeeeeeeeeeee rasa2 nk jgk lh………………………. sedapppppppppppppppppp

  2. Pingback: Kaki Wayang: Filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah” » BLOGGING WITHOUT BARRIERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>