Borang & cara memohon Bantuan Kerajaan RM500

Admin ingin kongsikan berita baik kepada mereka yang layak memohon bantuan kerajaan ni.Manatau ada yang belum tahu tentang bantuan ini tapi layak memohon,rugi oo…

BANTUAN KERAJAAN RM500 MULAI 10 DEC 2011. 

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

 

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara. – Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua

“Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara,” katanya. 

 

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga, merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara.

 

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon.

 

Ahmad Husni berkata, pembayaran bantuan berjumlah RM2.6 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. 

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan itu sebagai tanda prihatin dalam usaha untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat. 

-Bharian

 

BORANG DAFTAR BANTUAN RAKYAT RM500 MULAI 10 DISEMBER 2011

DAFTAR BANTUAN RAKYAT RM500 MULAI 10 DISEMBER 2011 | Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember 2011 ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih. Bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini dan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion. Sumber : Kosmo! Online

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN RAKYAT RM500?

MEKANISME TENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN RAKYAT RM500 |Kementerian Kewangan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen untuk menentukan sama ada penduduk itu layak menerima bantuan RM500.

Cara dan prosedur untuk mohon bantuan isi rumah RM500 :
  1. Dapatkan borang bantuan isi rumah (boleh download online , tengok di surat khabar atau pergi ke pejabat LHDN terdekat ) mulai Disember 2011 ini.
  2. Isi borang dan hantar ke pejabat LHDN yang berhampiran.
  3. Tunggu jawapan anda sama ada permohonan itu berjaya atau pun tidak.
  4. Wang bantuan isi rumah akan di kreditkan melalui bank terpilih mulai Januari 2012 jika berjaya.

Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim, berkata usaha ini bertujuan mencari mekanisme bagi memastikan proses memberi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah yang tidak mempunyai slip gaji dapat dilaksanakan selepas pengesahan pendapatan mereka. Sebelum ini, bantuan bernilai RM1.8 bilion itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012pada bulan lalu yang dijangka memberi manfaat kepada 3.4 juta isi rumah bagi meringankan beban mereka.

Sumber Cara dan Prosedur dari PuanBee.Com

6 thoughts on “Borang & cara memohon Bantuan Kerajaan RM500

  1. aku dh isi borang 2 dan dh siap pg bg kt org bekenaan mslh nye dia x trme sbb aku duk jauh dgn fmly.sedang kn tiap2 bulan aku ade tnggungan.tak aku nk pgl fmly aku pndh rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>