Borang seminar cemerlang peperiksaan Berita Harian

Berita baik kepada semua pelajar malaysia yang bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM,Akhbar Berita Harian telah menyediakan satu seminar khas untuk membantu kegemilangan pencapaian akademik pelajar.

Program yang dimaksudkan adalah ”program cemerlang peperiksaan Berita Harian”.Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah kunjungi laman web di http://www.guru.net.my/ untuk membuat pendaftaran secara online dan banyak lagi info menarik seperti rujukan,latih tubi soalan,brainstorming,permainan minda dan belajar bahasa inggeris dan banyak lagi.

Anda juga boleh melihat iklan seminar cemerlang peperiksaan berita harian ini di surat khabar Nst hari ini muka surat 14 bahagian life & times.

Apa sebenarnya Guru.net.my?ini adalah sedikit maklumat mengenai website guru.net:

Portal Guru.net dibangunkan dengan satu matlamat untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan. Laman web ini mengaplikasikan teknologi yang terbaik bagi membantu pelajar membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Melalui portal ini, pelajar boleh mencuba menjawab kertas-kertas peperiksaan seiras, membuat rujukan maya, mengulangkaji menggunakan e-nota dan mempelajari sesuatu menggunakan pembelajaran multimedia. Semuanya boleh dicapai hanya melalui satu portal!

Bagi tahun 2011, kami menawarkan satu daripada kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris secara maya yang terbaik di dunia menggunakan perisian daripada Australia untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Inggeris anda.

Diharap maklumat ini dapat membantu para pelajar untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan nanti.Selamat berjaya.

4 thoughts on “Borang seminar cemerlang peperiksaan Berita Harian

  1. Salam hormat Donnyien, … zaman sekarang banyak badan2 yang baik hati bantu pelajar ini, bantu pelajar itu dan macam2 lagi … kaedah ini boleh menyumbang % pelajar cemerlang meningkat … diharapkan para pelajar mengambil peluang ini sebaik mungkin … (terkenang semasa SRP 1991 dan SPM 1993 – kelas tambahan pun jarang2 ada … untungnya pelajar sekarang)

  2. Budak2 zmn skang sgt bertuah sbb mereka dpt mencari ilmu dgn memetik shj. Tak mcm zaman bEe dahulu, nak kena cari buku latihan kena keluar bandar… huhuhu, kalau takde bas (sbb ayah keje) kena tunda next week pulak. Kisah sedey lah pulak :-P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>