Contoh ucapan selamat hari Guru 2011

Ucapan Hari Guru 2009 Dari Wakil Pelajar

Selamat sejahtera dan salam perpaduan,

Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita warga SMK Bandar Putra berpeluang lagi untuk menyambut Sambutan Hari Guru bersama-sama untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai Sekolah Harian terbaik negeri Johor menjelang tahun 2011.

Guru memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak pelajar supaya pelajar menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Adalah perkara yang tidak mudah dan tidak senang untuk membentuk insan dari aspek akademik dan penglibatan kokurikulum yang cemerlang, sahsiah murid yang gemilang, dan membolehkan insan berwawasan yang terbilang, tetapi guru-guru SMK Bandar Putra Kulai telah berjaya, berjaya meningkatkan prestasi sama ada dalam akademik, kokurikulum, dan sahsiah pelajar sehinggalah wawasan dan matlamat murid-murid SMK Bandar Putra tercapai, iaitu semuanya cemerlang.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar saya dan rakan-rakan dengan usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam mendidik anak-anak pelajar dan meningkatkan kualiti mengajar. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar saya dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dan memberi sokongan kepada saya , En Abdul Aziz Bin Hj Redwan, En Anuar Bin Jais, Tn Hj Aminuddin Bin Mohd Sani, En Azman Bin Adnan, Pn Nor Anisah Bt Ariffin, Pn Raudhah Hanim, Pn Suraya Juraimi, Pn Maslinah Norman, Encik Wong Yak Choon, Pn Norhaniza Saad, Pn Sumiyati, En Lau Han Kee, En Erwan bin Mohamed Zaid, Cik Tan Hui Min, Pn Noriadah, Pn Azmah, Pn Fauziah Binti Sadri, Pn Nazila Abdullah, Pn Fatimi Estar, Pn Faridah Yunos, Pn Haryati Bahari, Cik Azlina Kamisan, Pn Khairulhana, Pn Nurul Aida, Pn Kamsiah, Pn Vionne, Pn Khairulhana, Pn Siti Marlina, Pn Vionne, En Elanggovan, Cik Azimah Othman, Pn Tan Pei Ching, En Md Nizam Tramiji dan guru-guru yang lain. Terima kasih juga kepada Cik Azlina Kamisan, Pn Maslina Rejoh, dan pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pelancaran dan perasmian laman web sekolah yang lama.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga pendidik SMK Bandar Putra Kulai yang mengajar murid-murid umpama lilin membakar diri. Oleh sebab adanya mereka, kita warga SMK Bandar Putra Kulai baru berpotensi memperoleh bilangan calon perfect score PMR yang begitu ramai (89 orang tahun 2008), semua calon yang lulus 100% dalam SPM, dan GPS yang cemerlang.

Sambutan Hari Guru amat bermakna kepada semua warga pendidik. Sambutan Hari Guru bukan sahaja meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru, tetapi juga menjadi dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti mengajar. Hal yang demikian dapat meningkatkan bilangan ilmuwan di negara kita, dan secara langsung, Wawasan 2020 bukan impian kita lagi tetapi menjadi satu kenyataan, kenyataan Malaysia berjaya, negara Malaysia menjadi mata dunia. Saya menaruh 100% kepercayaan dan keyakinan kepada guru-guru kita untuk terus berjaya dalam meningkatkan prestasi pelajar sehingga kita dapat temu bersama lagi di puncak gunung kejayaan.

Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran saya, doa saya agar SMK Bandar Putra terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat kita supaya SMK Bandar Putra menjadi sekolah harian terbaik bukan sahaja peringkat negeri, tetapi peringkat kebangsaan, negara. Sebelum saya akhiri ucapan saya, saya ingin berkongsi sebuah berita yang baik, iaitu mengenai kempen menghantar “Console letter” kepada anak-anak yang masih hidup selepas berlakunya gempa bumi SiChuan, China yang saya anjurkan. Surat-surat telah saya hantarkan kepada pihak yang bertanggungjawab dan surat-surat tersebut telah berjaya dihantar ke sana pada bulan Jun, 2008. Terima kasih kepada semua murid yang terlibat dalam menjayakan kempen ini. Semangat kegigihan dan ketabahan mangsa gempa bumi yang masih hidup boleh menjadi teladan kepada kita untuk terus berjaya. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkat, sihat dan sejahtera.

Terima kasih disampaikan kepada semua warga pendidik di negara kita dan selamat maju jaya.

LOH ZHENG ZHANG
Naib pengerusi Kelab Komputer, Setiausaha Rumah Delta
AJK Kelab Taekwondo, AJK Kadet Polis,
SMK Bandar Putra Kulai

Sumber:SMKBP

One thought on “Contoh ucapan selamat hari Guru 2011

  1. thankyou thankyou thankyou ! HAPPY TEACHER DAY for all teacher in this world ! this friday my school gonna have TEACHER DAY ! hahah . <3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>