Syarat kelayakan ke IPTA

Untuk makluman semua pelajar lepasan SPM di Malaysia, keputusan SPM 2010 bakal secara rasminya diumumkan pada 23/3/2011 iaitu hari Rabu yang lepas. Jadi sudahkah anda berfikir sehabisnya untuk menentukan hala tuju anda selepas ini.

Universiti mana yang bakal menjadi pilihan? Kos apa yang menjadi idaman? Ataupun anda rasakan tidak layak untuk masuk Universiti? Bagi pelajar lepasan Matrikulasi dan STPM, anda bolehlah membuat pilihan kos yang menjadi pilihan anda sesuai dengan keputusan peperiksaan anda. Tapi harus diingat, masih ada sekurang-kurangnya 3 tahun untuk anda mencapai impian iaitu mempeoleh pekerjaan yang diingini. Panjang lagi ke jangka masa tu?

Bagi pelajar lepasan SPM pula, anda mempunyai 2 hala tuju sama ada sambung ke peringkat matrikulasi ataupun diploma. Sesetengah kos itu tidak ditawarkan di peringkat diploma dan anda harus ke peringkat matrikulasi terlebih dahulu. Jadi buatlah keputusan yang terbaik bagi diri anda.

Bagi yang ingin mengetahui serba sedikit tentang kos yang aku ambil sekarang iaitu Degree in Petroleum Engineering di UTM bolehlah tinggalkan komen anda. InsyaAllah akan dijawab. UPU sudah menyediakan sebuah laman web khas untuk anda lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi untuk menyemak status kelayakan anda ke program IPTA secara online.

Semakan yang boleh dibuat ialah untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Bagi pelajar lepasan SPM yang bakal terima keputusan SPM, jangan lupa untuk semak status anda untuk program IPTA seterusnya dapat buat pilihan yang sewajarnya universiti dan kos pilihan anda.

Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA (i-MAS-C-U)

Pesanan buat adik-adik yang bakal memasuki IPTA:

Jika anda dah dapat tempat di IPTA dan kos pilihan anda, JANGAN fikir ianya susah.

Sebenarnya pembelajaran di IPTA atau IPTS atau Matrikulasi tidaklah sesusah yang anda fikirkan. Jika dah timbul minat, InsyaAllah pembelajaran anda akan menjadi mudah dengan izin-Nya. Nasihat untuk anda, JANGAN MUDAH MENYRAH KALAH SEBELUM BERJUANG!

Semak kursus pengajian dan kelayakan di semua IPTA di Malaysia

Ditulis sepenuhnya oleh wowberita.com.Wowberita adalah sebuah blog informasi dalam dan luar negara yang memaparkan banyak info semasa dan dan menarik kepada pengunjung.Lawati blog wowberita disini.

Suka entry ini?jangan lupa LIKE FB dibawah,terima kasih keraana berkunjung disini,harap jumpa lagi :)

8 thoughts on “Syarat kelayakan ke IPTA

  1. Harap2 semua akana berjaya ke IPT. OO ya, saya pun pasal plugin dan theme yg bikin masalah dulu. Tapi hairan juga theme ‘mynewsite’ yg tidak aktif pula buat fatal error sma blog saya. So, saya delete semua yg tidak aktif, yg tinggal cuma yg butul2 saya perlu…

    • itulah tu..plugin saya ko tau berapa mau 50 semua campur yang x aktif.terus saya minta tulung exabytes,mereka rekomen 5-10 plugin jak yang sesuai.blog saya ada sangkut2 lagi ka boss?hehe

    • Hi Syina,
      bergantung pada keputusan SPM awak, ada banyak IPTA yang menawarkan krusus..cuba awak terus ke lamanweb tersebut spt USM..dan sebagainya.. boleh call mereka utk maklumat lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>