Tips menghadapi temuduga kplspm

Selamat datang pembaca blog donnyien dot com.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda mengunjungi blog ni.Sudah kah anda menyemak keputusan KPLSPM anda?dan bagaimana pula keputusan temuduga KPLSPM anda?harap anda mendapat keputusan yang positif.Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk menghadapi temuduga KPLSPM yang akan datang.So,pastikan diri anda betul-betul bersedia sebelum datang  untuk temuduga nanti.

Tips yang saya akan kongsikan sebentar lagi merupakan pengalaman dari seorang rakan online saya iaitu Eciqz Tham atau nama panggilan kici yang berasal dari Sabah,Beliau merupakan seorang guru dan juga blogger.Teruskan membaca.

************************************************************************************************************************************************

Kita mulakan dari hari anda mendapat keputusan SPM. Biasanya beberapa hari selepas keputusan SPM keluar akan ada pengumuman di internet mengenai Kursus KPLSPM ni, jadi anda kenalah sentiasa cari maklumat dalam internet berkaitan Kursus ni. Selepas tu, kamu kenalah membeli Pin Kod unik yang boleh kamu beli di BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membolehkan kamu mendaftar diri kamu untuk pemilihan ke sesi temuduga. Ingat, jangan tak beli…paling bagus anda belilah awal2~~~ register awal2~~ Kemudian bab register, semasa register online tu jangan lupa masukkan semua maklumat diri dengan betul, dan kamu kena fokuskan dekat bahagian pencapaian kamu dalam akademik dan kokurikulum…penting tu….!! Bila isi info kokurikulum kamu, jangan lupa simpan saja pencapaian terbaik kamu dan juga jawatan tertinggi yang kamu pernah pegang…. kalau memang kamu tiada pencapaian yg baik dlm kokurikulum, tak ape….kamu tipu-tipu jer letak yang ok sikit….yang penting kamu benar-benar nak jadi cikgu!!

permintaan kamu untuk ke interview KPLSPM….check tau kalau dah sampai waktunya….jangan berlengah, takut nanti kamu terlepas tarikh temuduga kamu… Kalau dah dapat, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Jadi sekarang, kamu jangan terlalu gembira dulu….sebab itu baru fasa pertama~~~ sepanjang tempoh sebelum sampai tarikh temuduga itu, kamu kenalah banyak membaca info2 berkaitan dengan pendidikan, peranan cikgu, program2 yang dijalankan di sekolah, dan juga isu2 semasa di sekolah. Jangan pandang remeh semua tajuk ni, sebab anda bakal berhadapan dengan pensyarah yang akan menyoal soalan yang kita tidak boleh duga.

Pada hari temuduga tersebut, awal2 tu kamu kena prepare dengan sebaik mungkin ….jangan terlalu tidur lewat, takut nanti kamu akan rasa tidak bermaya ketika temuduga, jangan lupa juga sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil, kad pengenalan kamu dan dokumen penting yang lain(rujuk surat tawaran)…..Kalau boleh sampai awal di tempat temuduga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di tempat temuduga……jangan sampai lewat, sebab anda mesti akan dapat markah lebih…markah lebih untuk kena reject.

Biasanya, temuduga akan dimulakan dengan pembahagian kumpulan….cuba jadi seoorang yang ramah dengan ahli-ahli kumpulan anda….sebab ini boleh membantu anda menghilangkan rasa malu ketika bercakap di depan mereka……Anda akan dikehendaki menyusun dokumen penting and mengikut urutan yang betul, jadi pastikan semuanya ada ok.

Kemudian, akan ada pensyarah yang akan datang mengutip fail kamu, dan seboleh-bolehnya senyum dengan pensyarah/petugas itu(cara nak ambil hati^^,)…..kamu akan menjalani satu ujian bertulis, terdapat lebih 200 soalan, tapi jangan risau…semuanya adalah soalan yang senang dan pengetahuan am mengenai sikap yang mulia.

Temuduga biasanya akan dimulakan dengan berkumpulan, maknanya kamu akan ditemuduga bersama-sama dengan ahli2 kumpulan kamu. Bab berkumpulan ni, kamu kena berani dan yakin…..Kamu akan diberi satu tajuk, dan pensyarah akan tanya siapa kah akan mulakan…..sebolehnya kamu volunteer la jadi yang pertama untuk mulakan debat yang boom boom meletopp tu k~~~ cuba berikan pendapat kamu yang tersendiri, jangan terlalu ikut pendapat ahli2 yang lain, ini akan membuatkan kamu jadi special sikit….jika kamu tiba2 kehabisan idea, cuba berpura-pura tanya pendapat ahli2 yang lain….jangan jadi kaku……bila idea kamu dah ada lagi, kamu terus menyampuk dengan cara yang baik, jangan kurang sopan k(penting)…..bercakap sebanyak yang mungkin, kerana itulah markah anda…..bercakap tu mesti penuh dengan keyakinan, jangan gugup….sebab jadi cikgu kena berani~~~ ^^

Selepas, temuduga berkumpulan, kamu akan disuruh keluar…..dan sesi temuduga perseorangan akan bermula…..kamu akan dipanggil seorang demi seorang….. baca doa dulu sebelum masuk ke bilik semula~~~~mohon petunjuk dari Tuhan, percayalah, Tuhan pasti akan bantu anda…..

Dalam sesi temuduga perseorangan, kamu akan disoal dalam dua bahasa utama, BM dan BI….bagi yang mengambil bahasa cina…mereka biasanya akan disoal dalam bahasa mandarin…….jadi bersedialah, pensyarah akan mengajukan pelbagai soalan tentang isu sekolah, peranan guru dan program di sekolah.. kamu juga akan ditanya tentang diri kamu….. semua itu kamu kenalah jawab dengan yakin dan senyuman mesti sentiasa terukir di bibir kamu k…. walaupun kamu salah atau tidak tahu sekalipun tentang apa yang ditanya…kamu kena juga jawa dengan yakin….sebab Kici pun menghadapi saat2 seperti ini, dimana pensyrah menyoal mengenai program kitar semula, tapi Kici fikirkan soalan tentang program keselamatan di sekolah …..tapi, syukur kici dapat juga markah penuh..tahu kenapa?? Sebab Kici jawab dalam jawapan yang logik……ingat jawab dalam logik…jangan tunjukkan muka tak tahu…..k… Kadang2 kamu juga akan disuruh berkawat..terpulang kepada pensyarah/petugas yang jadi penemuduga itu…kamu buatlah dengan baik2,walaupun tak tahu langkah, tapi cuba ingat langkah yang mungkin kamu pernah nampak….buat denagn yakin…~~

Kepada yang lemah dalam bahasa inggeris (speaking)….jangan risau, cuba ambil masa untuk susun ayat yang mudah untukmenjawab soalan BI yang diajukan…ingat jangan gugup…..cuba anggap penemuduga itu adalah keluarga anda……cuma perlu jawab dengan tenang jer k….
Selepas itu, habislah sesi temuduga kamu….
kamu sekarang cuma perlu tunggu keputusan temuduga kamu…..sentiasalah kamu memohon berkat dari Tuhan, sebab kadang2 permintaan kamu akan tercapai juga…. yang penting kalau kamu tak dapat, tak apa juga…jangan putus asa, boleh merayu lagi…ataupun minta lagi tahun depan….. Kici pernah dengar guru peltih yang meminta sehingga 5 kali untuk msuk kursus ni….jadi, usaha itu sangat penting k…

Kici harap post kali ni dapat bantu semua pelajar yang ingin jadi seorang cikgu..semoga berjaya..sekian.

About Writer:Kici is a person that really like to reads,especially about crime investigation,ghost,and magic story..it really fun,and sometimes reading make me forgot to eat my dinner…=)Spend your time to visit his blog here.

Donny:Kici boleh bah kalau kau.. sabah boleh bah…~~~tq so much…

P/S;Mari berhibur seketika menghilangkan nerves tu..layan dulu maharaja lawak melalui link dibawah.

BARU! Tonton video maharaja lawak mingu ke 3 disini.

Keperluan/persediaan lain sebelum menghadiri temuduga KPLI


Selain daripada jawapan yang perlu ditulis untuk melengkapkan Borang Penyataan Hasrat, calon juga perlu bersedia dari segi pengetahuan, mental dan fizikal. Ada beberapa pengetahuan umum dan semasa yang perlu diberi perhatian oleh calon sebelum menghadiri temuduga. Ambillah sedikit masa untuk membuat sedikit pembacaan. Di blog ini juga terdapat beberapa artikel yang mungkin dapat membantu calon menambah sedikit pengetahuan sebelum melangkah ke alam pendidikan atau sebelum menghadiri temuduga yang berkaitan dengan pengambilan guru, antaranya:
Senarai Menteri Malaysia
Struktur Organisai Kementerian Pelajaran
Isu-Isu Semasa Pendidikan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
- Selain itu, boleh rujuk pada artikel lain dalam kategori Pendidikan

Mungkin ia bukan satu ilmu yang wajib diketahui sebelum anda terlibat dalam profesion keguruan, tapi usaha untuk mengetahuinya sebelum anda menghadiri temuduga adalah salah satu bukti yang anda memiliki minat terhadap profesion keguruan.

Persediaan mental juga adalah antara syarat terpenting dalam menghadiri temuduga. Seorang calon perlu mempunyai keyakinan dan kesungguhan semasa berhadapan dengan penemuduga juga ketika memberikan jawapan. Berusahalah supaya tidak memberikan jawapan was-was atau lupa-lupa ingat. Elakkan juga daripada meminta penemuduga mengulang semula soalan kerana ia menunjukkan anda kurang memberikan perhatian. Melainkan anda benar-benar tidak mendengar dengan jelas soalan yang dikemukakan oleh penemuduga akibat gangguan bunyi bising dari luar. Jika tidak tahu jawapan bagi soalan yang diajukan, jangan terus panik. Katakan secara jujur yang anda benar-benar tidak mengetahuinya dan berikan alasan yang baik. Jangan sama sekali memberikan jawapan hanya mengikut apa yang anda fikirkan ketika itu.

Dari segi fizikal dan penampilan pula, calon perlulah menampilkan ciri-ciri ketrampilan seorang guru, perawakan baik dan sentiasa berhati-hati dalam pemilihan kata. Pakai pakaian kemas dan sesuai. Bacalah panduan-panduan lain yang berkaitan dengan etika berpakaian. Bagi yang mendapat tawaran opsyen Pendidikan Jasmani/Kesihatan pula, harap bersedia kerana ujian fizikal/kecergasan di padang bakal menanti anda semasa temuduga.

Jadi, semasa menghadiri temuduga, buatlah bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar “asalkan mencukup syarat” atau seperti melepaskan batuk di tangga. Mungkin benar kalau sudah rezeki atau kebetulan nasib baik, buat ala kadarpun boleh dapat juga. Tapi harus diingat rezeki itu bukan kerana “nasib baik” dan ia tidak akan datang bergolek. Perlu ada usaha untuk mendapatkannya. Semoga berjaya.

Info tambahan ini adalah hasil tulisan dari Kulanz.com.Baca artikel penuh beliau disini.

24 thoughts on “Tips menghadapi temuduga kplspm

  1. nak tanya ket.
    borang maklumat diri,
    surat pernyataan hasrat dan pengalaman,
    borang perakuan diri.
    semua tu muat turun bila yer?
    dah lupa.

    • Hi miesha,
      spt yang leeya kata tu,borang maklumat diri tu ade dlm headline warna biru yang mula2 skali kita semak selepas masukkan no ic..
      then akan ade tulis TAHNIAH tu..
      atas tahniah tu ade ‘BORANG MAKLUMAT DIRI’ ‘PERNYATAAN HASRAT’ ‘SURAT PERAKUAN DIRI’ dan ‘KELUAR’
      awak boleh klik kat situ dan nanti akan keluar format pdf..
      then boleh la terus print..
      harap sedikit sebanyak dpt membantu..

  2. donnyien , i pon tengah cari Borang Maklumat diri calon (kplspm2011)
    but still nowhere to be found :(
    i hope you can help me . i dah search dlm inventory tapi tak jumpa :(
    i hope u reply asap . im nervous already :(
    btw , thanks for the useful infos !!!!!

    • hai mydougandamira.. :)
      borang maklumat diri tu ade dlm headline warna biru yang mula2 skali kita semak selepas masukkan no ic..
      then akan ade tulis TAHNIAH tu..
      atas tahniah tu ade ‘BORANG MAKLUMAT DIRI’ ‘PERNYATAAN HASRAT’ ‘SURAT PERAKUAN DIRI’ dan ‘KELUAR’
      awak boleh klik kat situ dan nanti akan keluar format pdf..
      then boleh la terus print..
      harap sedikit sebanyak dpt membantu.. :)

  3. salam admin…thanks 4 info…nak tanye….
    sy dpt bhsa arab….kalau kene sbjek arab,,,kene fully ckp in arabic ke??..
    bnyk nak tanye ni,,,
    camne contoh dy tanye dalam arab tu?
    dy tanye yang fakta2 mcm pipp n fpk n isu2 semasa dlm bhsa arab ke??..
    kalo soalan dlm bhsa arab tu just utk pengenalan diri boleh la lepas jwab,,
    kalo dah dy tanye yg fakta2 tu dalam arab n strickly,,mmg payah la nk lepas…contoh “cuba huraikan pelan induk pembangunan pendidikan dalam bhsa arab”…hah,,amik kau,,,memamg lasak nk jwb…huhu
    plyzz…share 4 me….sharing is loving k…
    syukran,,,~~

  4. Hi!
    Thanks for the useful and beneficial explaination…:)
    Saya dapat untuk program bahasa arab..
    sehari selepas temuduga KPLSPM ni saya perlu menghadiri satu lagi temuduga..
    kalau ada apa2 maklumat tentang tajuk yang selalu ditanya atau mungkin ditanya yang lebih spesifik..harap dapat dikongsi di sini..
    Mungkin amat membantu..
    takut persediaan kurang mantap sebab terpaksa tumpu untuk dua temuduga sekali gus..:(
    terima kasih sekali lagi…

  5. hallo. saya mahu tanya satu soalan,, saya dapat aliran bahasa inggeris. dalam surat penyataan hasrat tu,, saya kena jawab dalam bahasa inggeris kah? terima kaseh =)

  6. sye dpt tesl…huhu..nervous la yg temuduge brkumpulan tu…huhu.dalam satu group ade brape kumpulan?n biasanya dye tnye sal pe?

  7. salam..terima kasih utk segala infonya..
    takdak laa rasa blurr je ape nk kena buat mse temu duga nanti.hehe..
    saya dapat pendidikan islam
    mungkinkah ada soalan berkaitan agama akn dikemukankan..
    contohnya soalan berkaintan rukun iman, rukun islam, rukun nikah ke?? hehe

  8. salam…nak tnye sket…sye dpt tesl sjkc…adakah die akn tnye dlm bhs cine jugak??sye tidak tahu berbahasa cina…please reply me asap…thxx… :)

  9. nak bertanya…saya dpt temuduga pndidikn seni visual pndidikn rendah..
    sblum di temuduga ada ujian melukis tak…mcm kat uitm..
    perlu ke saya bwk kertas lukisan sendiri…
    please reply….tq

  10. Kepada semua calon..selamat berjaya k…semoga impian anda untuk menjadi cikgu akan tercapai…dan cubalah sedaya upaya dalam interview tersebut….keputusan SPM tak penting, yang penting keyakinan anda semasa interview…senyuman itu adalah confident….ok!! ^^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>