Mungkinkah ada dikalangan begitu ramai pengguna WordPress (self-hosted) terutamanya di Malaysia yang tidak pernah menyedari dan tidak betul-betul pasti bahawa terdapat satu senarai lengkap beberapa pluginyang disarankan untuk kemudahan blog owner?
Senarai tersebut sudah siap diletakkan di bahagian admin secara default tanpa perlu mencari di plugin directory seperti yang biasa dilakukan.

Hanya perlu ke Tools –> Import kemudian pilih mana-mana plugin yang menjadi pilihan.
Senarai plugin dan kegunaan masing-masing:
- Blogger Importer – untuk mengimport artikel dan komen dari blog yang dibangunkan di platform Blogger.
- Blogroll Importer – untuk mengimport pautan dalam format OPML.
- Categories/Tags Converter – untuk menukar kategori yang ada dalam blog kepada tag atau juga sebaliknya.
- LiveJournal Importer – sama seperti Blogger Importer, mengimport artikel dari blog LiveJournal.
- Movable Type/TypePad – juga untuk mengimport artikel dan komen dari blog Movable Type dan TypePad.
- RSS Importer – pasang RSS Importer untuk mengimport artikel dengan suapan RSS.
- WordPress Importer – untuk kemudahan mengimport artikel, halaman, komen, kategori dan tag dari fail eksport WordPress.
Mungkin ada yang tidak diperlukan, tapi ada juga beberapa plugin yang sesuai untuk digunakan terutama Categories/Tags Converter, RSS Importer dan Blogger Importer mengikut keinginan dan kemahuan yang empunya blog. ![]()
Info ini disediakan oleh Zaryl.com Kunjungi blog beliau untuk belajar lebih banyak tips wpress.

ini smua plugin import. bgus. slalu pkai no 1 tu la. sekali je pkai. haha