Carian Tertinggi Google Malaysia [Nov 19-25,2010]

Berikut adalah 10 carian paling hot di Google Malaysia minggu lalu, bermula 19 hingga 25 November 2010,atau boleh tengok di surat khabar NST hari ini bahagian Tech.

1.Uncle Seekers

Kisah Cinta Uncle Seekers atau uncle “Hantu” yang membuat pendedahan mengenai “Cinta Syhh” bersama bekas Permaisuri Agong kita iaitu Siti Aishah. Segala jejak perjalanan kisah itu ditulis oleh Uncle Seekers sendiri, dan dia sanggup bertanggungjawab ke atas semua artikel tersebut.

2.Kate Middleton

Setelah 8 tahun bercinta,akhirnya Kate Middleton dan Putera William akan melangsungkan perkhawinan mereka pada April 29,2011 di Westminster Abbey,England.Jadi sesiapa yang dijemput ke majlis perkhawinan Raja ini bolehlah minta cuti pada hari tersebut dari sekarang takut terlepas pula kan :).

3.Filem Alam

Siapa yang tengok filem ini?sebuah filem seram yang penuh dengan kontroversi mula ditayangkan dari 18 Nov 2010.Mengisahkan seorang pondan yang sudah siap convert jadi fully woman telah meninggal dunia kerana membunuh diri. Adam atau nama pondannya, Amy yang juga seorang artis popular membunuh diri kerana tekanan yang diterimanya.

Amy terlalu taksub hidup dalam dunia penuh kemaksiatan’nya walaupun sebelum dia menjadi seorang “wanita jadian”, dia adalah seorang pelajar yang bijak dan pandai mengaji Al-Quran. Kehidupan kemaksiatan Amy dan teman lelakinya berterusan hinggalah pada suatu hari, Amy dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki dan akhirnya berita tersebut telah sampai ke telinga pihak media dan tersebar seluruh negara. Itu yang membuatkan Amy menjadi buntu dan nekad membunuh diri.Info ini di petik dari Justkhai.com

4.Lee Chong Wei

Selepas menjadi pemain Badminton perseorangan pertama yang berjaya mara ke pusingan akhir sukan Asia Guangzhou 2010,Pemain no 1 dunia ini tumbang di tangan Lin Dan dengan keputusan 13-21,21-15,10-21 dalam masa 72 minit dengan silver medal buatnya.Saya ada juga tengok game ni dan mengharapkan dia menang tapi malangnya kegembiraan tersebut hanya sementara sahaja.

5.Shout Awards

Shout! for the local music scene! The 8TV Shout! Awards is back on Nov 20 to give recognition to the best in the local music and creative breakthroughs in the entertainment industry.

6.Yes 4G

Yes is the world’s first nationwide converged 4G service that offers data, calls and messaging in one simple plan.YES by YTL – The Fastest 4G Mobile Internet With Voice Launching 19 November 2010.

7.Penang Bridge International Marathon

Lebih dari 24,000 orang peserta lari sejauh 42KM  dan 10KM dalam kategori berasingan seawal jam 2 pagi pada 21 Nov yang diadakan setiap tahun.Yang menariknya penulis juga ambil bahagian dalam 42KM :).Sampai sekarang otot kaki masih terasa sakit lagi.

8.Harry Potter

Cerita baru Harry Potter and the Deathly Hallows,Part I hits theaters pada November 19th, 2010.Sampai sekarang penulis belum berkesempatan menonton wayang ini.Asyik kerja dan kerja sahaja..

9.Jadual SPM

Seramai 467,970 pelajar mengambil peperiksaan SPM dari 23 nov hingga 20 Dec 2010.Semoga berjaya kami ucapkan.

10.Barbie

Kerjasama terbaru Malaysian fashion-Salabianca dengan Mattel melihat produk tempatan menghasilkan 12 design edisi terhad untuk boneka ikon syarikat mainan dan juga design serupa dalam saiz dewasa untuk barbie kehidupan nyata wannabes.

P/S:Psssstt,sudah tengok video nie?Barcelona gasak Real Madrid semalam 5-0 ditempat sendiri…

23 thoughts on “Carian Tertinggi Google Malaysia [Nov 19-25,2010]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>