Isu Bakar Al-Quran : Tindakan boleh timbul kemarahan global | Read More " />

Isu Bakar Al-Quran : Tindakan boleh timbul kemarahan global

Tindakan boleh timbul kemarahan global

PADERI Dove World Outreach Center, Terry Jones menjawab soalan mengenai  rancangan meneruskan membakar al-Quran  esok.

CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam.

GAINESVILLE: Amerika Syarikat mendakwa tidak mempunyai kuasa menghalang sebuah gereja di Florida daripada membakar beratus-ratus al-Quran sempena ulang tahun 11 September walaupun bimbang ia boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia.

Rumah Putih berkata ia berkongsi kebimbangan pemimpin tentera bahawa langkah oleh sebuah kumpulan pelampau Amerika Syarikat itu boleh mencetuskan kemarahan dari seluruh dunia Islam dan membahayakan nyawa tentera Amerika Syarikat.
“Ia meletakkan tentera kita dalam bahaya. Jelas sekali sebarang aktiviti serupa yang akan membahayakan tentera kita menjadi kebimbangan pentadbiran,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs.

Beliau mengulangi kenyataan oleh komander NATO dan pegawai tertinggi Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraeus yang memberi amaran bahawa membakar kitab suci Islam itu akan membantu propaganda pemberontak di negara bergolak itu.

“Ia akan membahayakan tentera dan boleh membahayakan usaha kita secara keseluruhan,” kata Petraeus kepada akhbar The Wall Street Journal dalam komen yang disokong oleh ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengutuk rancangan gereja itu yang disifatkan beliau sebagai perbuatan yang tidak menghormati dan memalukan.
Namun sebilangan kecil gereja Florida berikrar untuk menandakan ulang tahun kesembilan 11 September Sabtu ini dengan membakar al-Quran sebagai cara memperingati hampir 3,000 yang terbunuh akibat serangan al-Qaeda.

Walaupun pihak bomba menolak permohonan beberapa minggu lalu daripada seorang paderi, Terry Jones bagi mengadakan majlis pembakaran secara terbuka, polis tidak boleh campur tangan sehingga mereka betul-betul membakar Quran terbabit.

Malah penangkapan juga tidak boleh dibuat kerana ia bertentangan dengan ordinan tempatan di mana kes seperti itu hanya akan dikeluarkan denda dan amaran.

Jones berkata membakar al-Quran bertujuan memperingati mereka yang dibunuh dengan kejam pada 11 September dan untuk memberi amaran kepada kumpulan radikal Islam.

Langkah berkenaan menyusul tercetusnya sentimen Islamofobia berikutan rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York yang berhampiran dengan Ground Zero, tapak di mana pernah menyaksikan berdirinya Pusat Dagangan Dunia sebelum ia musnah dalam serangan 2001 berkenaan-BHarian

About Donnyien

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Comments

  1. Kenapalah dorang ni suka nak cari gaduh dengan islam?
    Kalau dunia ni aman kan best donny. teda penjahat, teda perang-perang.

  2. Dunia dah nak kiamat memang macam ni :)

  3. Dia bermain api…rasakan akibat nanti

  4. fawzan.. sokong tuh… diorang sekadar bergelak dengan api kat dunia dan bangga dengan perkara sedemikian, tapi igt, api paling dahsyat tgh tunggu diorang

  5. Semoga Allah merahmati kite umat islam, dan berdoa agar mereka diberi hidayah oleh Allah. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa kami yang Allah…

  6. harap perkara ni dapat dielakkan.. biar semua dapat hidup aman

  7. betul harap boleh dielakkan.

  8. entah lah…apa nak jadik dengan pemikiran dorang ni..sampai nak bakar2….kerana nila setitik,rosak susu sebelanga…semoga Allah S.W.T melindungi kita semua….~~aminn~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>