Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini-Bernama


Guru ni sepatutnya patut kena tindakan yang keras.
undang2 x kenal siapa kan..
” Kamu diibarat lebih sudu dari kuah.Tak tahu cerita sebenar jangan banyak cakap.Kamu lebih mengeruhkan keadaan.Sepatutnya kamu beri penjelasan sebenar kepada budak-budak sekolah yang tak faham maksud sebenar apa yang dicakap oleh pengetua mereka.Wahai budak-budak sekolah,lain kali kalau cikgu cakap dengar betul-betul, fahamkan.Tak faham tanya, bukan cerita atau tanya pada orang yang tak ada dalam perhimpunan sebab di luar sana macam-macam ragam manusia”.Ramai yang nak jadi hakim yg hanya mendengar dari satu pihak aja.Pada guru tersebut perlu ambil iktibar akan isu ini.So ,Kita serahkan pada jawatankuasa siasatan negara.