KULAIJAYA: Wee Meng Chee atau “Namewee” perlu diheret ke mahkamah secepat mungkin kerana tindakannya menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman, kata Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno berkata, tindakan pemuda dari Muar itu menunjukkan beliau buta sejarah negara ini.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ceria Bubur Lambuk 1Malaysia di sini hari ini, Ahmad berkata tindakan terhadap Namewee perlu disegerakan sebagaimana tindakan pantas kerajaan mengheret mereka yang bertanggungjawab di dalam beberapa isu perkauman baru-baru ini.
Ditanya mengenai cadangan sesetengah pihak supaya kerakyatan Namewee itu dilucutkan, Ahmad berkata, soal hukuman terserah kepada mahkamah.
Katanya, klip video perkauman oleh Namewee itu yang tersiar di You Tube, membuktikan betapa pentingnya pengajaran sejarah negara di sekolah-sekolah dipertingkatkan.
Beliau berkata, kaedah pengajarannya juga perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan selari dengan perkembangan dunia kini, supaya ia lebih menarik generasi muda.
Ahmad turut menyarankan supaya lebih banyak buku yang menyentuh tentang sejarah negara diterbitkan-Bharian.
Elok juga dia kena reman ni supaya dia akan insaf.Biarlah pihak polis ambil tindakan terhadap perbuatanya yang menghina lagu kebangsaan di Youtube.
Youtube/Blog beliau ada di sini.
Selamat hari kemerdekaan semua,Peace!





ada baca satu pernyataan namewee, dia mau bawa satu ahli politik berdebat secara terbuka.. cabaran tu..
harap semuanya okay nanti kan..
aku pun macam bro kulanz jugak, baca dari kedua2 persepektif; budak tu dan perspektif media atus perdana
pihak polis sedang buat siasatan berhubung video itu,biarlah depa selesaikannya.
tak kira siapa kita,melayu,cina india atau lain2 kenalah hormat kedaulatan bangsa dan negara bukannya memporak peranda isu perkauman negara
broadband slow le
payah nak tengok video2 dia ni
video tu dah delete
aku pun x sempat tengok
nampaknya dia dah tak serik2 lagi..rasanya, dah tiba masanya dia ni dihantar ke pusat ISA kot
Isu perkauman ni patut di bendung betul-betul kalau tidak huru-hara negara kita
dah jadi macamni hantar mana2 nak menang diri juga. dah tak tau nak buat apa dah ni!
harap2 isu ini ok nanti.
Kenapa la dorang di semenanjung ni macam ni donny.
Kalau dia di KK ni lama sudah jadi pusas mangkali. Hehehehe….
Pusas daging ka?haha… jangan jak menular isu perkauman ni di sabah susah nanti tu..
Betul tu.. sekarang ni cukup bagus sudah ni.. tapi isu PATI tu jak la yang ada masalah sikit.
Psssttt.. kena marah kita nanti o.. hehe
Bukan lama sudah ka ni serita ni geng?
panas balik semalam kuar di tv bah..tulah mesti hot ni nanti di google haha!