Articles Comments

Donnyien.com » News » Ratu MLM serah diri kepada polis

Ratu MLM serah diri kepada polis

BHarian

Wanita miliki aset RM10 juta disyaki dalang sindiket skim cepat kaya

KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira seminggu diintip, gadis yang dikenal pasti mendalangi satu sindiket skim cepat kaya dan mengumpul harta lebih RM10 juta menyerah diri kepada polis, petang semalam.

Difahamkan, suspek berusia 20-an itu menyerah diri di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Perdana di sini, kira-kira jam 3 petang ditemani peguamnya.

Suspek kemudian diserah kepada bahagian siasatan JSJK untuk merekodkan keterangannya berhubung pembabitan dalam skim berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa yang dihubungi petang semalam mengesahkan gadis itu sudah menyerah diri.

“Siasatan sedang dijalankan dan hasilnya akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk menentukan tindakan susulan terhadapnya,” katanya kepada Berita Harian.

Gadis itu diburu sejak Selasa minggu lalu, selepas polis menumpaskan satu sindiket skim cepat kaya yang sedang mengumpul ahli baru dalam serbuan di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Sindiket skim itu dikatakan mensasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang dalam serbuan berkenaan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway dekat sini.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, polis turut merampas 17 kereta mewah termasuk jenis Mercedes Benz, Nissan Fair Lady, BMW dan Mazda yang disyaki dijadikan umpan untuk menarik perhatian orang ramai menyertai skim itu.

Susulan kejayaan itu, polis turut menyerbu sebuah syarikat jualan langsung di Jalan Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, Jumaat lalu dan menyoal siasat pengurus besarnya berusia 40-an berhubung pembabitan syarikat berkenaan dalam skim berkenaan.

Sementara itu, Rohaimi berkata, 16 individu dipercayai ‘orang paling kanan’ skim itu yang direman sejak Rabu minggu lalu, sudah dibebaskan dengan ikat jamin, malam kelmarin.

“Peguam yang mewakili 16 individu terbabit membayar wang ikat jamin mereka. Semua keterangan sudah direkodkan dan walaupun dibebaskan, polis tetap memantau pergerakan semua ‘upline’ skim itu.

“Saya menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa skim ini supaya membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

************************************************************************

Huu..Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga,semoga ianya menjadi satu pengajaran untuk semua :)

p/s:Teringin juga tengok gambar gadis umur 23 tahun tu,mesti cun sambil drive BMWs.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Filed under: News

37 Responses to "Ratu MLM serah diri kepada polis"

  1. baguslah kene tangkap juga. kalau tak diaorang ni memang menyusahkan. tapi salah badan juga yang mempercayai dan nak sangat cepat kaya :P

    1. Affan says:

      harap2 pasni surut lah.

      tapi rasanya berdasarkan pengalaman, kejap ke mnde ni surut.
      macam gores dan menang dulu, ada je org kena tipu lagi walaupun lepas pendedahan kt suratkhabar. hehe

  2. donnyien says:

    terutama depa yang kurang cerdik ni…nampak je habuan..terus serbu tanpa usul periksa adakah ia sah disisi undang2 atau tidak..alahai depa2 ni,sedarlah

    1. Affan says:

      hehe. betul2.
      kalau Islam, kena fikir pulak halal haram nya.

  3. Skool says:

    Waahhhh … muda sangat lagi. Baru setahun jagung. Otak bisnes giler … sayang tergelincir dari landasan!

    1. donnyien says:

      harap dia belajar dari kesilapan kan..masih ada lagi peluang untuknya

    2. Affan says:

      agak2 ambil course apa agaknya die bljr. hehe.

      rasanya takde lagi silibus pasal mlm kt u hehe.

  4. anif says:

    Nampaknya penganjur skim cepat kaya tu telah membuktikan yang dia memang boleh cepat kaya :D Muda-muda sudah ada RM10 juta tu!

    1. donnyien says:

      MLM,tulah namanya MLM kepala akan kaya dan kuncu-kuncunya akan menderita.. :)

    2. Affan says:

      kalah menteri yang main rasuah (kalau ada)
      hehe

    3. Steward John says:

      Ni nak minta petua dari dia ni kalau dia bagi la.. hehe

  5. etomyam says:

    tu dia, 20-an dah dapat juta-juta, berkat kegigihannya hahaha :D

    1. donnyien says:

      Bro,ia boleh dijadikan sbg semangat kita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburui..tak kira berniaga ke,janji halal kan bro..?

  6. berani juga dia serah diri… no wonder dia berani buat MLM tue…

    1. donnyien says:

      Mungkin dia boleh bayar kot..dah kaya katakan

      1. Steward John says:

        Jadi yang orang dibawah dia tu macam mana dia mau bayar tu? hehe

        1. Affan says:

          org bawah bayar sendiri lah. kekeke.

          mlm kan selfish, mana ada pikir pasal org lain. hehe

          1. Steward John says:

            Betul tu… Ada ni orang bawah dia nanti sedia membawa segala periuk masuk dalam mahkamah, semata2 nak humban kat dia.. Habis duit disedutnya… hehe

  7. kakciks says:

    Mesti tak ada masalah baginya untuk membayar ikat jamin atau denda…

    1. donnyien says:

      dah jutawan…apa nak risau kan..

  8. pawaka19 says:

    leh tahan degnan idea mastermind wanita tu…tp sekejap jelah pandai dia ;p

    “Mak Aii! Sembang Lucah di iPhone 4 pun Boleh?”

    1. donnyien says:

      faymes pun ada..

  9. fawzan says:

    Takde la cun mane pun Donny…(bukan ko, pompuan tu la..)

    1. donnyien says:

      dia ker tu di muka depan hmetro?..hmmm…tapi jutawan tu bro :)

  10. fawzan says:

    jutawan hasil menipu…tak jadi jutawan pun takpe la

    1. donnyien says:

      hmetro hari ni kuar muka dia depan akhbar…cun gak tu fawzan :)

      1. Affan says:

        cun apa tu bro? hehe.
        cun sbb penangkapan die ke, sebab die cun.
        ada dua maksud tu. hehe

  11. Zura says:

    peerrgghhh dasat tue…lg dasat bile dia serah diri…hehe…
    muda lgi dh buat keje2 cm tue….mesti ada dalang lagi besar belakang dia..

    1. donnyien says:

      dalang besar?godzila…

  12. zezebel says:

    Maaaaak…, muda-muda lagi dah jadi penipu.
    Biar lah sya miskin dari tipu duit orang…. :(

    1. donnyien says:

      biarlah kan Bel…dari makan duit haram.. janji hidup bahagia dan aman

  13. zik says:

    no wonder dia menyerah diri… duit dah banyak… mana dia simpan duit tuh tak tahu, mesti ada orang lain manage, …bijak dan licik..

    1. donnyien says:

      dia tak takut,dia dah rancang elok2..kena tangkap pon x kisah ada duit bayar saman

  14. Wenn says:

    here is the link for today’s metro paper…
    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NurAmalinaserahdiri/Article
    the pic of the RATU is at the main page… ;)

    1. donnyien says:

      Tq wenn for the link.

  15. Affan says:

    bagus lah dah bertindak, dulu asyik org komplen dlm suat khabar, tapi macam takde tindakan.

Leave a Reply

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>