[Gambar] SALLEH GREGOR SAMSA – hina agama di FB? | Read More " />

[Gambar] SALLEH GREGOR SAMSA – hina agama di FB?

Salam blogger,

Hmmm…lagi isu menghina Agama,tadi aku sedang blogwalking terjumpa post ni dicilipedas.com.Nak populariti pun bukan ngan cara salah ni..huu.

Klik disini untuk paparan penuh.

Perhatian;post ini bukan bertujuan untuk mencurah pertol kedalam api,sekadar meluahkan rasa kesal segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab ini.Ingatlah kita semua satu dan bersaudara.Jangan sesekali menghina Agama lain apatah lagi agama sendiri.

Hmm…budak2 sekarang ni dah melampau.[gambar budak tu dia ker?]…

About Donnyien

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Comments

  1. waduh, banyak kali yang jahat ma agama kita
    moga Allah membalas mereka semua..
    salam kenal ya dari medan… :)

  2. bukan budak tuh…biasa dia akan berlindung dengan picture orang lain… baling batu sorok tangan…

  3. benda camni dah lama berlaku..

    tindakan dari pihak tertentu pun takde..

    doa2 jelah budak nie berubah

  4. ni budak2 x mature ni…. tak abis2 depa ni… cube wat bende lain….:-(

  5. Atukoi, tidak pandai menghormati ni..

  6. yaaa, saput sama dia…

  7. hoho. dah kecoh pasl budk ni. lawl je. islam ke?. aha. bngng nk mmpus. grr

  8. teruknya bahasa dorang…. :(

  9. Betol itu, Abang Donny! Kalau anak saya, dah lama saya selam dalam bath tub kasi lemas. Hahaha! Memalukan bangsa dan agama.

  10. Astarafirullah’halazim.

    Kami di sini terdengar cerita, dan telah melihat sendiri gambar yang membuktikan yang Salleh telah dibantai, dan dari cerita yang kami dengar, dia telah pun kembali.

    Inikah sebenarnya, dakwah yang kalian cuba sampaikan? Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.

    Kami di sini, pernah menghubunginya sebaik isu ini terbangkit dan kami boleh katakan bahawa mereka yang mengatakan Salleh ini tak menjawab mesej-mesej mereka adalah tipu. Kerana kebanyakkan kami di sini, menerima balasannya. Dan sesungguhnya, dia dengan hormat sekali, menjawab segala persoalan yang kami ajukan. Dia juga ada memberikan pendapatnya sendiri.

    Kali terakhir kami mendengar berita dan khabar darinya adalah sebelum dia berangkat ke salah satu madrasah yang kami cadangkan padanya kerana kami tahu, hal ini hanya boleh dibincangkan oleh orang-orang yang waras, dan bukannya di blog seperti ini.

    Sebagai seorang saudara Muslim, saya juga percaya kepada Allah s.w.t dan saya percaya akan Nabi Muhammad s.a.w dan kitab yang diturunkanNya. Dan, sesungguhnya untuk kami di sini Salleh hanyalah seorang manusia, yang mencari akan kebenaran tentang sesuatu.

    Tetapi, kalian (terutamanya, yang pertama sekali mengambil salinan kata-katanya) adalah sebenarnya orang dan golongan yang menghina Islam.

    Hal ini tidak perlu digembar-gemburkan di mana-mana. Cukuplah sekadar kita menasihatinya secara baik. Pada awalnya, dia tak menutup blog dan akaun FB nya tetapi, bila terlalu ramai yang datang menyerang dengan ayat-ayat bodoh, dia mengambil keputusan untuk menutupnya. Dan, dia ada fowardkan kepada kami kebanyakkan mesej yang diterimanya itu.

    Jujur, kami di sini sangat kecewa dengan tindakan kebanyakkan kalian yang menggunakan nama Islam untuk menjadi seperti hero. Sedangkan, ini adalah urusan antara dia dan Allah. Bukan tugas kita untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.

    Sebelum pemergiannya ke Madrasah, dia ada menghantar pesanan kepada saya, dan beberapa rakan yang lain dan memberitahu bahawa jika benar Islam itu, dia sendiri tak akan malu untuk mengucapkan kalimah Syahadah. Alhamdulilah kerana dia sudah pun berniat. Tetapi, apa cara yang kami gunakan? Adakah kami terus menghentamnya di blog-blog dan menuduh yang macam-macam mengenainya?

    Salleh cuma inginkan kebenaran. Dia tak mahu menganuti sesuatu yang takj difahaminya. Dan, sesungguhnya bukan dia yang menghina Islam. Dia hanyalah manusia yang sedang belajar tetapi, kalian yang kebanyakkan. Kerana kalian dengan senang sekali mengajak orang lain untuk membuat umpatan tentang dirinya, tentang ibu bapanya. Dan kalian dengan jelas sekali adalah menghina imej Islam.

    Pada pendapat saya, lebih baik kiranya kita memahami Islam itu sendiri sebelum kita mengamalkannya, bukan? Kerana bila kita mengenalinya dengan jelas, maka kita akan sedar tentang realitinya.

    Bagi saya, saya setuju dengan Salleh yang ingin belajar. Dia bukanlah penganut yang membuta-tuli mengaku dirinya Islam tetapi, di dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa yang mungkin lebih teruk dari Salleh.

    Sedih kami mendengarkan berita tentang pemergiannya. Jika benar, maka kalian telah menyedarkan kepada ramai manusia bahawa kalian bukanlah berdakwah sebenarnya. tetapi, hanyalah melepaskan ego.

    Saya mengharapkan yang saudara Salleh sempat mengucapkan kalimah Syahadah.

    mohd_irfan77@yahoo.com

    • @Mohdirfan

      Alah! Kalau memang betul dia “MENCARI KEBENARAN”, takde nya dia pergi cakap “Fuck you off” dan menujukan itu kepada orang yang berpuasa di Facebook nya! Kalau memang dia mencari kebenaran, dah lama dah dia pergi cari kebenaran dengan berjumpa ngan ustaz ke, pergi perpustakaan ke, atau pun blajar dari internet.

      Dia dah kena bantai? Hah! Boleh lah jadi ‘moral of the story!’ Moral of the story: Kerana mulut, badan binasa. Tak perlu belajar agama untuk memahami pepatah ini.

      If it is true, whatever you are saying, may god pardon him. :p

    • Oh, and encik mohdirfan, daripada ayat ini:

      “Saya dan rakan-rakan yang segelintir besarnya pernah mengaji di salah sebuah institusi pendidikan Islam terbesar dan terkenal di dunia, sememangnya kesal dengan apa yang berlaku.”

      Sebagai seorang yang ada ilmu sedikit tentang agama Islam, saya sangat kesal dengan ayat awak ini! Kenapa? Sebab bunyi nye sangat RIAK! Kalau betul pon hang pernah belajar di institusi pendidikan islam “terbesar dan terkenal di dunia”, tak payah nak bagi tau orang dan meriakkan diri.

      Sebagai seorang bekas pelajar institusi pendidikan islam “terbesar dan terkenal di dunia”, anda sepatutnya tahu bahawa perangai RIAK dan TAKBUR tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam!

      Betulkan lah diri hang dengan agama hang tu dulu sebelum hang betulkan orang lain, K?

  11. Assalamualaikum,

    Saya tidak bermaksud untuk menjadi riak atau takbur. Macam yang pernah saya beritahu kepada penulis blog yang pernah bertanya kepada saya, saya hanya ingin memberitahu.

    Maaf sekiranya apa yang saya komenkan memberikan tanggapan seperti itu kepada saudara. Saya minta maaf di atas kesilapan saya itu.

    Dan saya sebenarnya bukannya nak memperbetulkan diri sesiapa tetapi, saya hanya ingin memberitahu. Sama seperti yang saya katakan pada Salleh. Dan, sesungguhnya saya juga manusia yang mungkin juga membuat kesilapan dan ada banyak hal di dalam saya sendiri yang perlu saya perbaiki. Saya hanyalah hambaNya dan saya sedar akan kekurangan yang ada pada saya.

    Sekian, terima kasih.

    Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>