Articles Comments

Donnyien.com » Sport » Wah!!Tune Group – Taja Kad dan baju Pengadil EPL

Wah!!Tune Group – Taja Kad dan baju Pengadil EPL

Dari Utusan Malaysia

Sport

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kumpulan Tune, jenama gaya hidup dan hiburan telah menandatangani persefahaman penajaan sebagai rakan prinsipal untuk Pegawai Perlawanan Pertandingan Profesional (PGMO) England untuk tiga musim bermula pada saingan 2010/11 di London, semalam.

PGMO merupakan badan yang bertanggungjawab untuk membekal dan menguruskan semua perlawanan profesional bola sepak England termasuk untuk tiga badan utama bola sepak England -

Liga Perdana, Persatuan Bolasepak England dan Liga Bola Sepak England – untuk membekalkan pengadil bagi perlawanan bagi Liga Perdana England, Piala FA, Piala Carling, Perisai Komuniti dan Trofi Johnstone Paint.

Perkongsian itu akan memberikan capaian Kumpulan Tune kepada lebih 2,000 perlawanan bola sepak profesional dengan anggaran siaran televisyen lebih tiga bilion penonton.

Pengurus PGMO, Mike Riley berkata: “Kami amat berbesar hati untuk berkerjasama dengan Kumpulan Tune selepas perkongsian yang berjaya dengan AirAsia. Pelaburan mereka membolehkan kami meneruskan pembangunan latihan kepada para pegawai perlawanan dalam pelbagai peringkat kejohanan.”

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotels, Mark Lankester yang mewakili Kumpulan Tune berkata: “Selepas menyaksikan kejayaan penajaan oleh AirAsia dan AirAsia X yang berjaya meletakkan jenama kami dalam saingan pasaran kompetitif di UK termasuk ketika Tune Hotels membuka hartanah pertama mereka di London bulan ini, ketibaan

penajaan ini adalah merupakan masa yang terbaik.

“Dengan cara ini, kami boleh berkomunikasi dengan tiga bilion penonton EPL secara global dengan jenama kami untuk menjadi antara jenama global terbaik selain meningkatkan kesedaran wujudnya jenama ini. Ia juga mampu memberi ruang kepada pengembangan jenama di peringkat serantau dan yang lebih penting ia mampu

menghubungkan kami dengan pelanggan dengan cara yang lebih baik.”

*******************************************************************************

P/S:Semakin mantap tune group ni ye…Korang boleh tengok logo Tune esok jam 9:30pm  untuk pertama kalinya dipaparkan pada perlawanan pembukaan diantara Chelsea ngan MAN UTD..horey2..Man Utd!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Written by

Seorang Blogger dari Kota Marudu,Sabah.Minat menulis sebagai hobi beliau di masa lapang.Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar email di: donnyien[at]yahoo[at]com dan laman sosial FB @ donnyien.Selamat datang!

Filed under: Sport

41 Responses to "Wah!!Tune Group – Taja Kad dan baju Pengadil EPL"

  1. Siau Hen says:

    It’s another smart move by Tony for brand building. :-)

    1. donnyien says:

      Great achiecment by Aiasia’s CEO kan..
      Hi bro,hw r u now?

      1. Siau Hen says:

        hehe. You still remember me? :D
        I am fine. Just a bit busy earlier but I always come back to visit your blog, but didn’t leave message.

        1. donnyien says:

          Of course bro.. tq for ur support,happy to see you again. :)

  2. Steward John says:

    Demi kerana marketing strategy, terpaksa la bagi labur berjuta2.

    1. donnyien says:

      dan pulangan juga berlipat kali ganda kan geng.. :) kaya2

      1. Steward John says:

        itu sudah mesti tu.. kalau tiada pulangan, mana la dorang berani mau sponsor. Jadi.. blog kau ni geng, bila mau sponsor pasukan Malaysia?

        1. donnyien says:

          waahaha..sponsor meneral water boleh?.. :)

          1. Steward John says:

            bulih ba kalau kau.. asal nama blog keluar sana TV.. dapat traffic sikit2 o.. silap2, melatup blog ni kau terover traffic.

            1. donnyien says:

              kalau kuar di tv3, owh..muntah bosou ni blog haha!

  3. zezebel says:

    Kenapa la dorang tidak taja baju sya…. :D

    1. donnyien says:

      baju dalam?..haha

    2. Steward John says:

      Saya pun mau minta taja kalau macam tu o.. hehe

      1. donnyien says:

        kau mau tajaan apa geng?..

        1. Steward John says:

          minta taja blog saja la.. 50 tahun punya tajaan.

          1. donnyien says:

            nanti saya runding2 dulu sama si pairin bisuk :)

            1. Steward John says:

              Ba, minta la babanal ok…

  4. etomyam says:

    tak per, janji chelsea menang nanti hahaha

    1. donnyien says:

      kita tunggu mlm ni bro..

  5. kulanz says:

    kaya Tune Group tu.. kan bagus kalau dia taja blog aku, hahaha

    1. donnyien says:

      akan datang bro..nantikan

    2. Affan says:

      huhu. best gak tu kan. tak penah lg dgr ada company taja blog secara full. mesti blog mantap gle je lah kalau macam tu. huhu

  6. ishak says:

    strategi perniagaan tu

    1. donnyien says:

      dan popularity…. ?

      1. Affan says:

        mana2 yg taja niat die lebih kurang lah tu.
        kalau taja badan kebajikan tu lain cerita bro. hehe

  7. Luth Textile says:

    hahaha semalam dah tengok berita kat tv3. memang gempak.
    duit oh duit..

    1. donnyien says:

      sama bro..tv3 pilihan ramai

  8. Affan says:

    baru tau bro. thanks. wah, setau saya tune ni yg ada offer hotel murah tu kan? maju dah ye skg. hehe.

    1. donnyien says:

      adik beradik ngan airasia tu..

      1. Steward John says:

        Bukan setakat adik beradik, kembar siam tu..

  9. zik says:

    phuiioyo… ditaja tuh… kad merah pun sekali ke???

    1. donnyien says:

      ya bro..malam ni tengok tune kad kenakan rooney.. :)

    2. Steward John says:

      Bukan lagi setakat kad merah… wisel2 pun ditaja kot.. haha

      1. donnyien says:

        wisel?..haha,

  10. acapz says:

    better taja bju aku skali r sng. hoho. kng smart. ngee

  11. ibnujusup says:

    tony is the man in the right time and the right strategy.. :-)

  12. gagaukon says:

    kalaula Tune nak taja blog kan.. mesti masyuk tuh

  13. Ali ridha says:

    bagus si Pak cik ton ni.hehehe…..

Leave a Reply

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>