Donnyien.com » News » Tapis pornografi di internet bendung zina
Tapis pornografi di internet bendung zina
MASALAH sosial berkaitan pornografi semakin membimbangkan masyarakat negara kita. Berkhalwat, berzina dan membuang anak semakin menjadi perkara biasa.
Tong sampah dan semak menjadi destinasi kepada segelintir anak luar nikah yang baru dilahirkan dan saya rasa tindakan ini lebih jahat daripada binatang.
Sayu rasanya melihat anak kecil ini ada yang dimakan anjing. Mengapa gejala seperti ini semakin sukar dibendung? Apakah silap kita sebenarnya?
Bagi saya, punca paling besar ialah mudahnya rakyat mendapat akses kepada bahan lucah seperti gambar dan video. Semua bahan lucah sama ada dalam komputer atau telefon bimbit anak kita bersumberkan internet.
Internet di negara ini yang tidak ditapis membolehkan sesiapa saja mengakses apa saja laman web lucah yang mereka mahukan.
Ibu bapa mungkin tidak sedar anak yang berada dalam bilik berseorangan sedang melayari laman web lucah kerana kita tidak dapat memantau mereka 24 jam.
Dengan teknologi telefon yang semakin canggih, bahan lucah ini bertukar tangan begitu pantas. Di sekolah, pelajar yang mempunyai telefon bimbit boleh bertukar bahan lucah dengan begitu menggunakan teknologi bluetooth.
Malahan ada yang lebih berani dengan merakam adegan lucah mereka dan menghantarnya ke internet.
Saya menyarankan kepada setiap ibu bapa supaya sentiasa memantau telefon bimbit anak kerana bimbang ia mengandungi bahan lucah.
Kita tidak boleh mempercayai anak sepenuhnya jika kita menyayangi mereka.
Bahan lucah ini merosakkan pemikiran remaja kita dengan begitu teruk. Sikap anak muda semakin sukar dikawal oleh ibu bapa.
Sikap suka keluar malam dan berpeleseran dengan bukan muhrim memburukkan lagi masalah ini.
Saya pernah terbaca satu kajian bahawa umur baligh remaja kita semakin cepat disebabkan mereka sudah terdedah kepada bahan lucah sejak usia muda.
Tidak menghairankan jika ada kes seks bebas di kalangan murid sekolah rendah.
Saya bimbang kemajuan yang cuba kita bina bakal runtuh dalam sekelip mata akibat gejala sosial ini.
Saya menggesa kerajaan membuat tapisan terhadap semua laman web lucah seperti dilakukan kerajaan Indonesia.
Saya tidak berasakan pelabur takut melabur di Malaysia jika kita menapis bahan lucah.
Memang benar ada lagi punca lain kepada permasalahan ini, namun saya merasakan tapisan internet adalah langkah besar dalam mengatasi masalah ini.
Suara hati saya ini saya rasakan turut dikongsi oleh semua rakyat Malaysia.
Kami semua akan menyokong penuh jika kerajaan membuat sekatan terhadap laman lucah ini. Dengarlah rintihan hati kami.Bharian.
Incoming search terms:
Filed under: News








Lagi2 masalah macam ni..
lelaki la tu kan suka sangat tengok porno di internet….
aik…
smua ken aambil langkah yang bijak..tak leh salah sorng lepas tangan huhu..
kalu tapis pun org masih bley masuk. budak2 IT kn pandai bro. huhu. tu yg susah. patutnya cyber securty men peranan. jmpa web lcah je kasi down trus. dorng kn hbt bab hack ni. xkn la snyp je. mmng lawl =.=