
Salam blogger,
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa tarikh 16 September akan dijadikan sebagai cuti umum di seluruh negara bermula tahun 2010. Pengumunan ini telah dilakukan di Persidangan Dewan Rakyat.
Untuk makluman kepada mereka yang belum tahu, tarikh 16 September adalah tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia yang mengabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
Pembentukan Malaysia direalisasikan pada 16 September 1963. Pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Menurut Perdana Menteri seluruh rakyat Malaysia akan meraikan dua hari kebangsaan secara berkembar.
Hari Merdeka pada 31 Ogos akan mengingatkan kita kepada perjuangan untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah. Semasa 31 Ogos inilah akan diadakan pelbagai upacara khasnya perarakan.
Bagi Hari Malaysia pada 16 September pula akan disambut bagi mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kesenian dan sebagainya.
Secara peribadi aku rasa negara kita perlu merayakan hari kebangsaan pada 16 September dan bukannya 31 Ogos dan berpendapat bahawa tarikh 31 Ogos itu hanya tarikh kemerdekaan Tanah Melayu dan bukannya tarikh kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak.
Amat bersetuju tarikh 16 September dijadikan sebagai cuti umum, yelah siapa tak nak cuti..
16 SEPTEMBER = HARI MALAYSIA = CUTI UMUM

aku pun cuti, yihaa tapi yg tak bestnya hari jumaat kena kerja balik sebab tak dapat cuti tambahan
haaa, kasihan bro mijie..tak dpt den nak nolong..tapi gaji stiil double ke bro huhu..
suri hari jumaat memang kerja, so dah cuba apply cuti tapi tak dapat, huhuhu kerja macam biasa je
samalah bro…sabar jelah
pasal cuti mmg kat malaysia kaya dg cuti yang pelbagai heee
produktiviti dirumah bertambah + berkurang ditempat kerja
elok tu cuti..boleh update blog sampai pagi hahaha
buat entry banyak2 pastu sehedule
Cuti lagi? Dulu bukan ke kata Malaysia ni dah banyak cuti?..Aku memang suka cuti nih
pengumuman,besok cuti!..aku seorang jer
Yahoo sahabat cuti lagi kita 1 Malaysia…
Lama tak ke blog saya merajuk keee???
haha..merajuk ni.
pasal you x belanja wa makan
cuti oh cuti..memang syiok la… macam2 aktiviti boleh buat time cuti..
cuti2 malaysia…. tapi ada banyak kerja lain nie…ala.. hai
hoho. cuti ye?. wah2. ni yg ske ni. hahaha. tp sure bnyk keje nk kne wt pnya. cuti la sngt =.=
Hari merdeka Malaysia sepatutnya 16 september 1963.
sokong cuti tu untuk seluruh negara..