Terbang Tinggi Bagai Burung Rajawali

Salam hormat dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca blog ini, semoga anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Aktiviti menulis blog dan blogwalking sejak beberapa hari ini sedikit terganggu, namun bukan di sebabkan merajuk dengan blog yang tidak seberapa ini, tapi banyak masa yang saya luangkan untuk mengemaskini satu lagi blog perkongsian saya, setelah di beri suntikan baru. Kalau bini pertama merajuk, boleh cari bini kedua. Walaubagaimanapun, bini pertama tetap di beri keutamaan, lebih kurang macam tu lah kisahnya hehe…

Menulis pasal “keutamaan” ni, ada beberapa perkara yang perlu di beri tumpuan pada tahun ini. Jika semuanya selesai, akan saya kongsikan di blog ini nanti, mudah-mudahan. Saya pasti anda juga mesti ada hal yang perlu di selesaikan dalam beberapa bulan yang akan datang, betul tak? jika belum, boleh tulis di atas sehelai kertas dan tampalkan di meja atau almari anda supaya tidak terlupa (buat-buat lupa), barulah lebih bersemangat.

Setiap pagi, bayangkan yang anda semakin menghampiri impian tersebut. Setiap kali anda bangun pagi, katakan ayat motivasi ini dalam hati, “syukur, syukur dan terus bersyukur…” bersyukur sebab anda masih di beri peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

Masa saya memegang kuat tali layang-layang petang tadi, saya menoleh jauh ke atas dan terus terleka di buai “angan” dan keseronokan… saya mula membayangkan diri ini sebagai seekor burung rajawali yang terbang tinggi di angkasa. Melakukan segala sesuatu yang termampu. Saya hampir-hampir terlepas tali tersebut kerana tiupan angin yang begitu kuat di tambah dengan sayap dan saiznya yang berat.

Bersama Layang-layang burung rajawali – DAHC outdoor activities

Taman layang-layang Kepong

Taman layang-layang Kepong

Sahabatku, banyak perkara yang perlu kita tumpukan dalam hidup ini, tumpuan dalam pelajaran (peperiksaan), pekerjaan (pangkat dan gaji), kesihatan (fizikal dan mental), keluarga, ibubapa, sahabat dan yang utama, hal kerohanian. Namun saya tidak mampu melakukannya tanpa bantuanNya. Always have faith with action. I beliave Heaven is real and God is real.

Setiap kali mendengar dan menghayati lirik lagu ini, saya akan mendapat satu kekuatan  baru.

Akhir sekali, salam kasih dari saya, dan andainya ada kata-kata yang telah menyinggung perasaan saudara, harap di maafkan. May God bless you.

Wishing you all a truly wonderful day.

Love and smiles :) ,

Donny Ien

42 thoughts on “Terbang Tinggi Bagai Burung Rajawali

    • Hai bro..
      itu baru 2 blog, pun dah tak termampu. Kagum dengan mereka yang manage lebih dari itu.

      Bini is always our priority bro.. harap dia tak merajuk tidak dapat join aktiviti tadi, banyak assignment katanya =D, tq di atas komen awak.

  1. He said to them, “Because of your little faith. For truly, I say to you, if you have faith like a grain of mustard seed, you will say to this mountain, ‘Move from here to there,’ and it will move, and nothing will be impossible for you.”
    Matthew 17:20

  2. Kadang-kadang kita terlupa besyukur atas segala yang diberikan kepada kita..
    malahan adakalanya kita merungut walaupun perkara itu kecil sahaja. Bersyukurlah kita kepada yang Maha Esa atas segala kurnianya..

  3. Hai Donny, semoga sentiasa ceria seindah senyum mu… :D

    Cantik layang-layang tu Donny :)

    Hijau kudup nampak pianggang,
    Capai bebayang terus sekali;
    Kalau hidup tidak berpegang,
    Bagai layang-layang berputus tali.

  4. Hello Donny..
    utamakan mana yang penting dulu
    blogging ni sampingan sudah kan..?
    lagipun kita bukannya blogger yang
    bergantung sesuap nasik dengan
    blog..nampak cantik layang-layang tu?

  5. Org berjaya buat ap yg orang biasa tak buat….yg penting usaha yg tidak kenal jemu pasti akan membuahkan hasilnya satu hari nanti…..saya juga kurang berblog la nie….bz dgn kerja jerrr….:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>