[Gambar] Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 33,000

Deepavali Dalam Banjir-Foto:Bernama

Jumlah penduduk yang dipindahkan kerana banjir di Kedah meningkat kepada 33,413 orang petang ini berbanding 28,473 pagi tadi setelah keadaan dilaporkan semakin buruk di empat daerah menurut sumber dari Berita Harian Online.
Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatat peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan dengan pertambahan yang begitu ketara di Kota Setar, manakala keadaan di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka di pusat pemindahan berkurangan.

Antara senarai jalan yang dinaiki air ialah:

KOTA SETAR 1. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang 2. Jalan Kuala Sungai – Sungai Baru 3. Jalan Alor Setar – Kepala Batas 4. Jalan Kepala Batas – Bukit Pinang 5. Jalan Hutan Kampung – Kepala Batas 6. Lebuhraya Darulaman (beberapa bahagian) 7. Jalan Alor Setar – Kangar 8. Jalan Alor Mengkudu-Tok Keling 9. Jalan Titi Besi-Kampung Pasir 10. Jalan Langgar – Pendang 11. Jalan Pantai Johor – Gunung Keriang 12. Jalan Gunung Keriang-Alor Janggus

POKOK SENA 1. Jalan Lengkuas – Derang 2. Jalan Derang – Batu 11 Pokok Sena 3. Jalan Bukit Payong-Kg Cina 4. Jalan Bukit Tembaga-Kuala Pai-Lembah Arang

KUBANG PASU 1. Jalan Tanah Merah – Wang Tepus 2. Jalan Kepala Batas – Kemunting 3. Jalan Jitra – Sungai Korok 4. Jalan Tunjang – Teluk Malek 5. Jalan Teluk Malek – Kampung Naga 6. Jalan Jitra – Bukit Wang 7. Jalan Napoh – Wang Tepus 8. Jalan Changlun – Kodiang 9. KM 10.2 hingga Km28 Lebuhraya Utara Selatan 10. Jalan Jitra-Kelubi 11. Jalan Jitra-Alor Rambai-Kepala Batu

PADANG TERAP 1. Jalan Kampung Kubu – Simpang Nai Teh 2. Simpang Nai Teh – Kampung Tengah 3. Jalan Masjid Kuala Nerang – Kampung Rambutan

Sumber;Bharian.

Lagi gambar banjir di Kedah..[Kredit to Info-gallery.org]

P/S;Teringat dulu banjir di Kampung pada tahun 1997,padi kami yang baru di ketam habis semua hanyut…