Kes Jual Bayi l Sindiket Dapat Bantuan Orang Dalam JPN

ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi  dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.

ANGGOTA polis menyelamatkan seorang bayi dalam proses untuk dijual dalam serbuan di klinik swasta di Selayang, kelmarin.

Habuan lumayan dengan menyediakan sijil lahir, cop rasmi

KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi yang ditumpaskan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu dipercayai turut dibantu kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan menguruskan sijil kelahiran bagi 22 bayi yang berjaya diselamatkan polis dalam operasi khas itu.Difahamkan, pegawai JPN menerima upah separuh daripada harga jualan setiap bayi iaitu RM15,000 hingga RM20,000 oleh sindiket yang didalangi dua wanita tempatan sejak akhir tahun lalu.Sumber memberitahu Berita Harian, ‘orang dalam’ JPN memperoleh pendapatan lumayan melalui kegiatan haram itu dengan hanya menyediakan sijil lahir berserta cop rasmi agensi berkenaan.

“Pembabitan `orang dalam’ dikesan ekoran penemuan dokumen sijil kelahiran bersama semua bayi yang terbabit dalam urus niaga haram itu. Pemeriksaan mendapati semua sijil lahir itu mempunyai cop rasmi JPN yang hanya dikeluarkan JPN,” katanya.

Dalam operasi itu, Unit Anti-Pemerdagangan Orang (ATIP) dan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan lapan anggota sindiket itu, termasuk empat wanita warga asing berusia 20 hingga 50 tahun dalam serbuan di sebuah klinik swasta di Selayang dan sebuah rumah di Subang Jaya.

Turut diselamatkan dalam operasi itu tiga bayi berusia lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk dijual.
Di samping itu, polis turut menemui beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000.

“JPN terkejut dengan tindakan pegawainya yang sanggup bersekongkol dengan sindiket itu semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sampingan,” katanya.

Di PUTRAJAYA, Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Abdul Rahman, berkata siasatan dalaman sedang dilakukan ke atas semua pegawai dan kakitangannya berikutan pendedahan itu.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang terbabit dalam kegiatan haram ini. JPN akan turut memperincikan semula prosedur pendaftaran kelahiran, termasuk mencatatkan jumlah sijil dikeluarkan bagi mengelak ia disalah guna untuk tujuan jenayah.

“Kita juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti klinik disyaki bersubahat,” katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sijil kelahiran ‘LN01’ dan `LN05’ juga boleh diperoleh di hospital kerajaan dan klinik swasta.

“Beberapa klinik swasta sekitar ibu negara juga disenaraihitamkan sebelum ini selepas dikenal pasti terbabit dalam kegiatan meragukan. Kita sedang siasat klinik terbabit bagi mengesan kepada siapa, ke mana dan untuk apa sijil kelahiran dikeluarkan,” katanya.

Alwi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyelewengan sijil kelahiran menghubunginya terus di talian 03-88807001.-Sumber dari BHarian.

Donny:Harga getah melambung tinggi,RM8.00 sekilo,ada yang sanggup curi getah orang,kerja bodoh,kalau saya tahu siapa yang curi,saya timbak pakai Bakakuk!baru taw :) kalau saya tanam pokok getah dari sekarang 10 tahun baru boleh putung..rasa2 mahal lagi kah harga getah time tu?.. harap-harap saya sudah jadi YB(yang boroi) masa tu,haha..