[Gambar] Kes saman uncle seekers: Bekas Permaisuri Agong saman Syed Abdullah Hussein Al-Attas

SYED ABDULLAH HUSSEIN...defendan pertama

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah & defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

Padan muka, tiada pasal sekarang jadi pasal. Copy pasta & sumber maklumat sahih dari Utusan Malaysia.