(Gambar) Banjir di Johor ragut 2 nyawa, 28,900 dipindahkan

SUKAR...anggota bomba cuba menarik kenderaan mangsa yang dihanyutkan arus banjir, malam kelmarin.

SUKAR…anggota bomba cuba menarik kenderaan mangsa yang dihanyutkan arus banjir, malam kelmarin-Foto oleh mymetro/Hazwan blog

Keadaan Banjir di Johor yang semakin teruk telah meragut dua nyawa,seorang di segamat dan seorang lagi di KulaiJaya.Mangsa Rohani Ismail yang berumur 51 lemas apabila kereta yang dipandunya dihanyutkan oleh arus deras lapor themalaysiainsider hari ini.Di KulaiJaya pula,Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi,maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya (Gambar diatas) ditolak arus banjir ke dalam Sungai Rahmat di Kampung Sri Rahmat, di sini, malam kelmarin. Manakala 28,900 mangsa dipindahkan di 192 pusat pemindahan di seluruh negeri sehingga 8 pagi tadi dan diharap semua mangsa yang terlibat dapat bersabar.

Ramalan cuaca untuk minggu ini:

Gambaran satelit agensi kaji cuaca Singapura menunjukkan pergerakan awam di rantau Asia Tenggara. Wilayah selatan Semenanjung diramal hujan sepanjang minggu ini. —www.weather.gov.sg.Ini cuma ramalan sahaja,harap-harap hujan akan berhenti secepat yang mungkin.

Bila sudah banjir ni,macam-macam boleh berlaku,jadi ini adalah antara persediaan menghadapi banjir yang perlu di ambil untuk mengekallan sebarang keadaan yang tidak diingini seperti:

  • Pastikan dokumen-dokumen penting macam surat beranak, dokumen-dokumen bank, geran kenderaan, surat nikah dan lain-lain disimpan di tempat yang selamat
  • Dapatkan berita terkini tentang banjir di kawasan anda di televisyen atau radio
  • Angkat perabot-perabot dan perkakas eletrik ke tempat yang lebih tinggi
  • Awasi anak-anak kecil jangan bagi mereka bermain di kawasan banjir.Malang tak berbau
  • Patuhi arahan pihak berkuasa.Kalau jalan tu dah ditutup oleh pihak berkuasa.Jangan pandai-pandai nak lalu jugak.Nanti tak pasal-pasal hanyut pulak.

Kepada semua yang terlibat dengan banjir,utamakan keselamatan dan sentiasa patuh pada arahan pihak berkuasa.

Donny;Harga getah melambung tinggi sekali lagi..tapi sayang sekali keadaan cuaca menghadkan pendapatan penoreh.. dikampung saya di kota marudu,hujan sudah berhenti sejak kelmarin setelah berminggu2 tidak berhenti..