Cara melabur di saham bank rakyat 2011

Kepada yang belum tahu,keahlian keanggotaan koperasi Bank Rakyat atau ‘saham Bank Rakyat’ telah dibuka semula awal bulan april selepas mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menambah modal mereka.

Permohonan sudahpun di buka kepada ahli sedia ada atau ahli baru dan bolehlah datang ke cawangan yang berhampiran untuk memohon.Had atau tambahan syer yang dibenarkan hanya RM500 sahaja,walaubagaimanapun sekiranya anda berminat untuk memohon lebih dari jumlah tersebut,bolehlah menbuat permohonan  dan ia tertakhluk kepada ahli lembaga negara.

Bagi pelabur yang ingin menambah saham dalam Bank Rakyat, Bank Negara meluluskan penambahan modal berbayar Bank Rakyat daripada 2 bilion kepada 3 bilion sudah tentu adalah berita baik yang ditunggu-tunggu.Saya pun sebenarnya baru perasan tadi bila terbaca di NST paper.

Bagi pelabur yang sudah mendaftar dan masih dalam giliran menunggu untuk tambahan saham pasti mengharapkan surat tawaran daripada Bank Rakyat. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, mungkin ini peluang terbaik untuk turut sama merasai dividen 15% yang diberikan oleh Bank Rakyat sejak 1999.

Untuk mengetahui sama ada anda sudah dalam senarai giliran menunggu atau “waiting list”, anda boleh menyemak melalui talian ini  1-300-88-12265 atau terus ke cawangan yang berhampiran.

Bagi pelabur yang sudah mendaftar dalam giliran menunggu untuk tambahan saham pasti mengharapkan surat tawaran daripada Bank Rakyat. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, mungkin ini peluang terbaik untuk turut sama merasai dividen 15% yang diberikan oleh Bank Rakyat sejak 1999.

Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.

Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.

Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.
Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).

Waktu operasi bank rakyat bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja.Manakala waktu operasi pada hari jumaat bermula dari 9 pagi hingga 12.45 tengahari dan bersambung semula pada jam 2.30 petang hingga 5.15 petang.

Syarat permohonan bank rakyat mestilah berumur 18 tahun ke atas,bumiputera beragama islam dan bukan beragama islam,Bukan bumiputera beragama islam,tidak muflis,tiada tindakan makhamah serta tidak pernah ditaksir dan menjadi anggota koperasi.

Buat masa ini tiada tarikh tutup permohonan kepada anggota baru dan tertakhluk kepada jumlah dana yang ditawaran.

Sila baca notis penting ini:

NOTIS PENTING SAHAM BANK RAKYAT
Lanjutan pengumuman penambahan saham Bank Rakyat baru-baru ini, pelanggan dan mereka yang berminat boleh melanggan/mendapatkan saham ini di semua cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.
Bagaimanapun, Bank Rakyat TIDAK MELANTIK mana-mana INDIVIDU/SYARIKAT bagi mengedarkan borang, mengutip wang tunai/cek bagi tujuan pemilikan saham ini.
Adalah dimaklumkan bahawa semua proses untuk memiliki SAHAM BANK RAKYAT hanya boleh dilakukan di CAWANGAN BANK RAKYAT SAHAJA.
Sila hubungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran anda untuk sebarang pertanyaan atau hubungi pusat panggilan tele-Rakyat 1-300-88-1BANK (12265).

Bagi penulis pula,tahun ini merupakan tahun yang paling sibuk kerana saya akan berpindah ke KL tidak lama kerana isteri akan menlanjutkan pelajaran di sana,jadi terpaksalah ikut sekali.Sudah tentu memerlukan duit lebih untuk itu dan perbelanjaan untuk pulang ke Sabah hujung mei nanti sebelum balik semula ke semenanjung.Good Bye Penang!

Pssstttttttt!; pernah nampak “BOY WITH HALF BRAIN”? KLIK SINI.

8 thoughts on “Cara melabur di saham bank rakyat 2011

    • Boleh Bro.asal ikut syarat ni.

      Syarat permohonan bank rakyat mestilah berumur 18 tahun ke atas,bumiputera beragama islam dan bukan beragama islam,Bukan bumiputera beragama islam,tidak muflis,tiada tindakan makhamah serta tidak pernah ditaksir dan menjadi anggota koperasi.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>