(Gambar) Kartun Tsunami Berita Harian Memalukan Malaysia!!

Kartun Tsunami Berita Harian Cetus Kontroversi Memalukan Malaysia – CNN
Ada sesiapa baca paper Berita Minggu kelmarin?

Akhbar Berita Minggu kelmarin mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu – edisi hari Ahad Berita Harian – memaparkan superhero popular Jepun – Ultraman – lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Berikutan itu, ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka – melalui lamanweb sosial dan Twitter – terhadap Berita Minggu, malah ada yang menggesa supaya memboikot akhbar tersebut.

Inilah kuasa Internet. Pengeluaran karikatur di atas di dalam Berita Harian hari ini telah menyebabkan “rage”, kemarahan dan kebengangan yang amat sangat di kalangan pengguna Twitter dan Facebook. Teruk Berita Harian dikecam kerana tidak sensitif dan cuba membuat lawak dengan musibah Tsunami Jepun. Tahniah kepada pengguna-pengguna Internet yang prihatin dan sensitif dengan isu ini.

*Maklumat lanjut : Malaysia Kini

Tambah memalukan apabila kartun kontroversi tersebut turut mendapat perhatian CNN iReport. Sekaligus, memalukan Malaysia di seluruh dunia.

Berita tentang karikatur ini telah masuk ke laman web CNN dengan tajuk “Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters“. Buruk nama Malaysia.

Kartunis Zoy pastinya orang yang paling harus dikutuk oleh dunia kerana kartun beliau yang disiarkan di Berita Harian seolah-olah mempersendakan kesedihan rakyat jepun dan dunia terhadap bencana alam yang menimpa. Di manakah perginya rasa simpati dan hormat yang digambarkan oleh Berita harian.

Donny:Sudah-sudah la tu buat lawak sarkas di atas kesusahan orang lain. Kalau Malaysia kena? Nak lukis siapa plak lari macam Ultraman tu?

Update terbaru:Berita Harian telah pun mengeluarkan permohonan minta maaf di atas karikatur ini di laman webnya. Semoga di masa hadapan Berita Harian akan lebih prihatin dan diharap blogger yang lain dapat belajar sesuatu dari kesilapan ini.Bak kata pepatah’kerana nila setitik rosak susu sebelanga”

Dipetik dari bharian online

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG

27 thoughts on “(Gambar) Kartun Tsunami Berita Harian Memalukan Malaysia!!

  1. ish memalukan betul..kite turut terkena tempias…org tgh bersedih kite buat lawak cm tu…sdgkan rakyat kite pun ade kat sana yg dlm ketakutan…

  2. knapa pla tu kartunis ja mau d kasih salah?apa sal tu berita harian kasih juga terbit ni kartun?bukan durang ada penapisan dulu kah sebelum menerbitkan sesebuah artikel di akhbar?dua2 pun salah besar lah dengan negara malaysia….yg satu teda otak p tulis katun mcm ni…yg satu lagi anggap ini lawak yg bole ajak org ramai ketawa smpai mampus…..

  3. mari ramai2 kita demand itu editor dan kartunis utk letak jawatan.. thats the right thing for them to do, diassociate themselves from the newspaper

    • betul la aji,sampai member FB saya dri canada pun ada msg, dia tny “whats wrong with ur cartoon?” trpaksa saya terangkn prkara yg sebenar..teruk btl pelukis n pihak yg benarkn katun nie d siarkan..

  4. isshh..napa pla berita harian saja yg minta maaf?pelukis kartunnya mana?patut dia sendiri minta maaf kepada semua secara open..tak profesional ka?siapa yg lukis kartun 2,dia patut terang2 minta maaf..takan suru boss saja yg wakil?..helloooo..ko dah bt seluruh dunia pandang negatif trhadap malaysia tau..patut kena usaha untuk menyesali apa yang suda di lakukan..lain kli lukis la kartun yg bermesej sikit ya..

  5. THIS DOES NOT REPRESENT US MALAYSIANS AS A COUNTRY.
    WE MALAYSIANS ARE ASHAMED OF THIS AS WELL.
    THE EDITOR SHOULD BE SACKED.

  6. logik nya, kalau pembaca dah TERgelak (walau bkn niat), bukan ke dh jadi mempersendakan tuh? jadi ape motif kartun mcm ni dilukiskan begini?? utk hiburan?? brmakna tujuan asal pun dh tak betul…memalukan!

  7. bodoh nya kita ni…kenapa x phm perasan org laen yg tengah susah… apa perasaan kita bila suatu ari nanti kita dilanda tsunami, n org buat lawak mengenainya,…. bodoh nya….

  8. What happened to freedom of speech / expression? Masa orang kutuk-kutuk PDRM, SPRM or any government body lain tanpa usul periksa boleh pulak kata freedom of speech / expression. Ini hypocrisy.

    I’m not saying it’s right. Tapi takdelah teruk sangat. Not that dia lukis kartun tu lagi 100 orang mati ke apa. Treat it as a bad joke je dah la. Jangan nak perasan civilized sangat by being ‘over empathetic’.

    Semua orang buat salah, so does pelukis kartun nih. Jangan cepatnya nak suruh orang kena sack.

    • kenapa perlu bandingkan gempa bumi/tsunami dengan PDRM/SPRM/any government. aku rasa kau pun tahu apa beza dia. dari komen kau menunjukkan kau salah seorang rakyat malaysia yang tidak ada perasaan simpati dengan mangsa bencana alam. kau suka tengok mereka berlari2 ketika dilanda tsunami bukan? kau juga tidak memikirkan apa yang akan terjadi kepada malaysia jika berlaku hal macam ini. dan kau tidak kisah akan nasib rakyat malaysia di jepun.

      • Aku bukan samakan tsunami dengan kes SPRM, tapi aku persoalkan ‘freedom of speech / expression’ yang orang Malaysia sekarang suka laung-laungkan. It’s just a bad joke. End of story. Takyah panjang lebar.

  9. Kalau la yg kena tsunami tu amerika dn c zoy ne plak lukis katun obama yg kena lari x kena bedil 1 Malaysia akai ada ka tu la dok 24jm tengok ceta katun je nyampah aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>