(Gambar) kebakaran di Pujut Corner,miri musnahkan 17 kediaman

MIRI: Enam puluh tujuh orang daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Pujut Corner, di sini hari ini.

Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah rumah di kawasan itu pada 10.30 pagi sebelum merebak dengan cepat dan memusnahkan 15 rumah lain dalam tempoh setengah jam.

Pegawai Kanan II Bomba dan Penyelamat, Abdul Latip Kassim, berkata keadaan cuaca panas dan kesukaran mendapatkan air menyukarkan usaha untuk memadamkan kebakaran itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Antonio Kahti Galis, berkata sebuah pusat penempatan sementara disediakan di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sini untuk menempatkan mangsa yang terbabit.

“Setakat ini belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang memerlukan penempatan sementara ini kerana saya dimaklumkan ada mangsa yang berpindah ke rumah sanak-saudara mereka,” katanya. – BERNAMA/Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>