[GAMBAR] Mangsa Kemalangan Bas Di Cameron Highlands – 27 Terbunuh!

Oh tidak!lagi kemalangan bas terbaru yang berlaku di cameron highlands,rata-rata mangsa adalah dari warga Thailand,saksikan video dan gambar kemalangan tersebut.

Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.-BERNAMA

UPDATE TERBARU SENARAI MANGSA KEMALANGAN BAS DI CAMERON HIGHLANDS:

IPOH 20 Dis. – Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia

2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)

3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)

4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)

5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)

6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)

7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)

8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)

9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)

10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)

11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)

12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)

13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)

14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)

15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)

16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)

17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)

18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)

19. Rung Da (perempuan)

20. Darunee Songserm (perempuan)

21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)

22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)

23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)

24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)

– Bernama- ( UTUSAN )

Lagi gambar kemalangan:

Kredit to myberita.com

Bila agaknya kemalangan ngeri seperti ini akan berakhir?

26 thoughts on “[GAMBAR] Mangsa Kemalangan Bas Di Cameron Highlands – 27 Terbunuh!

  1. Inilah contoh kita di Malaysia masih tidak belajar dan ambil tak kisah atau ringan apabila memengang steering keenderaan mau yang besar atau kecil.

    Mari kita mengamal memandu dengan cermat dan sentiasa berwaspada.

    Saya ucapkan takziah kepada semua keluarga yang terlibat khusus rakyaat Thailand yang terlibat.

    • Kepada semua pemandu berhati-hatilah lepas ni,kejadian ni menjadi peringatan supaya ia tidak akan berulang lagi.

      Kalau betul ia adalah masalah teknikal,apa boleh buat…sudah nasib..

  2. aik, biasanya Donny buat update 10 carian tertinggi minggu lalu melalui NST. Saya ndak beli news NST ni hari sebab mau baca entri Donny..kebetulan sibuk, ndak sempat menyambar senaskah surat kabar NST.

  3. kesian pelancong tu kan.. balik bukannya nk bawa present kat family.. balik kejutkn family ngan jenazah.. kalu macm ni lh sikap pemandu ka malaysia ni.. pasti berkurang pelancong nk datg malaysia…

  4. korg jgn dok salahkan pemandu…ahmad…kalo pegang stereng elok2 pon,kalo bnda nk jd,tetap terjadi…n kadang2 tuh kte x bersalah,kte bwk perlahan tp org yg bwk laju pulak yg langgar kte…sahayunie…dalam kes ni x da kne mengena dgn sikap pemandu…ini tidak disengajakan…kte sume kat cni pon thu kan jalan kat cameron mcm mne… maybe power stereng dye jam ker…mne kte thu….bas kan besar,so susah nk handle laaa…. concern citizen….sy setuju sngt cadangan itu tp itu tidak mencegah cume mengurangkan kemalangan sahaja….sekian

    • Terima kasih dengan respon saudara,iya,kemalangan ini mungkin bukan salah pemandu tetapi masalah teknikal atau faktor lain.Tetapi most of the accident disebabkan oleh pemandu seperti yang berlaku baru2 ni walaupun lebuhraya yang baik tetapi masih berlaku kemalangan disebabkan kecuaian dan kurang pengalaman pemandu.

  5. pemandu terburu-buru memAndu bas.pemandu abaikan keselamatan penumpang semata-mata hendak cepat sampai. malah tidak cukup tidur. saya syorkan boss bas express agih 3 atau 4 orang pemandu utk setiap bas.bos bas juga patut disalahkan.pemandu bas sekalian,biar lambat ASAL KAN SEL AMAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>